Balotelli ‘perlu bekerja lebih keras’

Balotelli ‘perlu bekerja lebih keras’

ROM, 13 Okt – Mario Balotelli dinamakan dalam pasukan Itali bagi Kejuaraan Eropah yang lepas.

Tiga jaringan, termasuk separuh akhir menentang Jerman menyelamatkan Itali ke persaingan itu.

Bagaimanapun, pemain penyerang AC Milan itu diberikan amaran bahawa dia perlu “bekerja lebih keras lagi” jika mahu bersama-sama skuad tersebut bagi perlawanan akan datang di Perancis pada Jun.

“Saya akan memastikan pasukan yang membawa kami ke sini,” kata jurulatih Itali, Antonio Conte semalam, dua hari selepas Azzurri layak dengan kemenangan di Azerbaijan.

“Siapa pun yang mahu menyertai, perlu layak menerimanya, dan perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan tempat di mana mereka berada di sini.”

Balotelli. – Reuters
Balotelli. – Reuters

Balotelli, yang dalam pinjaman di AC Milan selepas musim hambar di Liverpool, telah menjaringkan satu gol dalam empat kemunculan dalam Serie A sejak kembali ke Rossoneri.

Seorang lagi pemain penyerang, Giuseppe Rossi juga berisiko digugurkan dari 23 skuad pemain kendalian Conte.

Rossi pada masa ini kembali ke kecergasan penuh di Fiorentina selepas melalui pembedahan di lutut kanannya pada tahun lepas.

Dalam ketiadaan kedua-duanya, Conte dilihat akan mendapatkan Eder kelahiran Brazil dan Graziano Pelle dari Southampton, dengan Stephan El Shaarawy juga dilibatkan.

Selepas menjaringkan hanya satu gol dalam Liga Perdana musim lalu, Balotelli menjaringkan gol sepakan bebas menentang Udinese pada bulan lalu untuk menamatkan kemarau jaringan tujuh bulan.

Euro, adalah di man pentas Balotelli mempamerkan permainan terbaik, menjaringkan dua gol dalam kemenangan separuh akhir Itali ke atas Jerman pada 2012.

Selepas 15 bulan tanpa beraksi dalam satu perlawanan rasmi, Rossi kembali bagi Fiorentina pada awal musim ini tetapi kerap dimasukkan dan dikeluarkan dari barisan utama. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA