Balotelli rindu Azzurri

Balotelli rindu Azzurri

MILAN, 4 Okt – Mario Balotelli (gambar) semasa temu bualberkata, dia merancang untuk kembali ke pasukan kebangsaan Itali, dan pada masa sama turut membidas bekas kelabnya Liverpool dan AC Milan.

Balotelli tidak bermain buat Itali sejak tewas kepada Uruguay dalam perlawanan terakhir kumpulan Piala Dunia 2014 di Brazil ketika skuad Azzurri tersingkir pada halangan pertama dalam kejohanan itu.

Tetapi dia melalui permulaan hebat dengan pasukan Ligue 1 Perancis, Nice, menjaringkan lima gol dalam tiga penampilan pertama untuk membantu mereka ke persada liga, mengatasi pasukan lebih hebat Monaco dan Paris Saint-Germain.

Pemain berusia 26 tahun itu tidak dipilih untuk skuad Itali menjelang kelayakan Piala Dunia 2018 di laman sendiri berdepan Sepanyol dan di gelanggang lawan bertemu Macedonia, namun berdasarkan prestasi semasa, dia mampu kembali ke skuad kendalian Giampiero Ventura dalam masa terdekat.

“Adalah betul untuk tidak memilih saya kerana saya memang tidak berhak,” kata Balotelli kepada Sky Sport Italia.

Mario Balotelli semasa temu bualberkata, dia merancang untuk kembali ke pasukan kebangsaan Itali, dan pada masa sama turut membidas bekas kelabnya Liverpool dan AC Milan.

“Adalah lebih baik Ventura tidak memilih saya kali ini kerana apabila saya kembali, saya mahu berada di tahap terbaik.”

Ballotelli yang lebih dikenali sebagai pemain bola sepak kontroversi sejak sedekad lalu, tampak sudah mahu menukar masa lalunya.

Selepas hambar tiga tahun dan kontroversi di Manchester City, Balotelli menyertai AC Milan pada Januari 2013 sebelum berpindah ke Liverpool pada 2014.

Balotelli tidak dapat menyesuaikan diri di Anfield dan kembali ke Milan secara pinjaman musim lalu, tetapi bergelut dengan kecederaan pangkal paha.

Dan apabila kembali ke Liverpool pada musim panas, Jurgen Klopp mengetepikan peluangnya untuk beraksi dalam kesebelasan biasa dan menasihati beliau untuk membawa haluan sendiri.

Balotelli berkata: “Klopp tidak mengenali saya. Saya bercakap dengan dia sekali, dia memberitahu saya untuk pergi ke tempat lain, bekerja keras dan kemudian kembali. Jadi saya mengucapkan selamat tinggal kepada mereka, dan sejak itu kami tidak pernah bertemu.”

Balotelli mendakwa Milan dan Liverpool ‘tidak sesuaikan dengan saya’. Ia bukan salah sesiapa. Mereka bukan persekitaran sesuai untuk saya,” katanya.

“Saya tidak melakukan kesilapan dari segi permainan atau tingkah laku dan tanpa kecederaan bukan sesuatu yang saya dapat kawal.” – AFP