Balotelli sarung jersi Nice

Balotelli sarung jersi Nice

NICE, Perancis, 1 Sept – Penyerang antarabangsa kontroversi Itali Mario Balotelli telah menyertai pasukan Ligue 1 Nice dari Liverpool, pasukan Perancis itu mengumumkan di laman sesawang mereka kelmarin.

Pemain berusia 26 tahun itu yang juga dikenali sebagai ‘Super Mario’ dan malap kerjayanya selama dua tahun, telah menandatangani perjanjian kekal bersama kelab, Nice berkata.

Liverpool membeli Balotelli dari AC Milan untuk 25 juta euro (AS$27.9 juta) pada 2014 tetapi setahun kemudian meminjamkannya kembali kepada kelab gergasi Itali itu, di mana dia hanya berjaya menjaringkan satu gol dalam 20 permainan. – AFP

Balotelli (kiri) menyertai rakan sepasukan barunya berlatih di stadium ‘Charles Ehrmann’ di Nice, kelmarin. – AFP
Balotelli (kiri) menyertai rakan sepasukan barunya berlatih di stadium ‘Charles Ehrmann’ di Nice, kelmarin. – AFP