Balu jaga mayat suami hingga mereput

Balu jaga mayat suami hingga mereput

WELLINGTON, 18 Dis (AFP) – Seorang balu warga New Zealand yang berdukacita telah memandikan dan menjaga mayat suaminya yang telah mereput selama beberapa minggu, enggan menerima kenyataan suaminya itu telah meninggal dunia, menurut polis hari ini.

Pihak berkuasa pada awalnya menyangka mereka sedang menyiasat kes homisid apabila mayat itu ditemui di sebuah rumah di Wellington selepas jiran-jiran mengadu tentang bau.

Mayat itu begitu reput, rekod gigi diperlukan untuk mengesahkan identiti lelaki tersebut.

“Salah satu cabaran ialah penafian isteri bahawa itu adalah suaminya dan polis terpaksa melakukan fasa panjang pengenalpastian,” sarjan kanan penyiasat Grant Ferguson memberitahu New Zealand Herald.

Pasangan suami isteri itu yang berusia dalam lewat 50-an, berasal dari India.

Lelaki itu mengalami masalah kesihatan yang tidak dinyatakan dan wanita itu mengalami ‘isu kesihatan mental,” kata Ferguson.

“Itu adalah liku atau halangan dalam penyiasatan. Dia berkata “itu bukan suami saya, ini orang yang tidak dikenali yang tiba pada hari suami saya hilang.”

“Dia memberi makan dan memandikan mayat yang mereput ini.”

Ferguson berkata wanita itu menjaga mayat itu selama kira-kira enam minggu sebelum ditemui tiga bulan lalu.

“Pada peringkat ini kami tidak menyiasatnya sebagai homisid. Kami telah mendapat banyak keputusan cap jari dan DNA dan kami agak selesa dengan pengenalpastian – itu adalah suami kepada wanita itu.”