Ban: Bencana iklim menanti

Ban: Bencana iklim menanti

PARIS, 7 Dis – Memberi amaran bahawa ‘masa semakin hampir ke arah bencana iklim,’ Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon menggesa negara-negara hari ini untuk menyetujui satu perjanjian mantap bagi mengehadkan pemanasan global dan mengubah ekonomi kepada tenaga hijau.

“Di luar dewan rundingan ini, terdapat gelombang besar bagi sokongan untuk satu perjanjian mantap dan universal,” Ban memberitahu menteri-menteri alam sekitar dan luar negara pada permulaan satu rundingan intensif berpanjangan dijangka berakhir pada Jumaat.

Beliau menggesa delegasi dari hampir 200 buah negara untuk tidak menghindari pilihan sukar yang mereka hadapi sama seperti kemuncak rundingan yang sering kali dingin empat tahun lalu. Rundingan bertujuan mendapatkan kesepakatan paling mantap sekali gus mengikat kedua-dua negara kaya dan miskin untuk mengekang pencemaran gas rumah hijau.

“Dunia menjangkakan lebih daripada anda berbanding langkah-langkah separuh jalan dan pendekatan tokokan,” Ban memberitahu perunding, menyeru bagi ‘satu perjanjian perubahan.’

Gambar ilustrasi menunjukkan sebuah kole dengan slogan ‘di bawah 2 darjah Celsius, bersama kita mampu melakukannya’ yang diagihkan di pavilion Jerman semasa sidang Kemuncak Perubahan Iklim Dunia 2015 (COP21) di Le Bourget, berhampiran Paris, Perancis, 7 Disember.
Gambar ilustrasi menunjukkan sebuah kole dengan slogan ‘di bawah 2 darjah Celsius, bersama kita mampu melakukannya’ yang diagihkan di pavilion Jerman semasa sidang Kemuncak Perubahan Iklim Dunia 2015 (COP21) di Le Bourget, berhampiran Paris, Perancis, 7 Disember.

Menurut Ban, satu perjanjian muktamad seharusnya termasuklah satu kajian semula ikrar kebangsaan pada jarak waktu lima tahun sebelum 2020. Beberapa negara maju keberatan untuk komited pada jadual waktu lebih awal.

Sektor swasta perlukan satu petunjuk jelas yang beralih kepada emisi rendah ‘yang tidak dapat dielakkan’ dan negara-negara kaya perlu mengetuai dalam pengurangan emisi, katanya. Manakala negara-negara baru muncul memerlukan akses kepada AS$100 bilion setahun dijanjikan menjelang 2020 untuk membantu mereka menangani perubahan iklim.

Setiausaha Negara AS John Kerry diarahkan untuk memeterai perjanjian untuk mengukuhkan legasi Presiden Barack Obama sebagai penjaga alam sekitar, akan bekerjasama dengan menteri-menteri dari hampir 200 negara minggu ini dalam usahanya cuba memeterai perjanjian.

Perunding meluluskan satu draf teks yang bernada kurang kukuh pada Sabtu dan menyerahkan persoalan sukar kepada ketua mereka, yang akan menghabiskan masa seminggu membincangkan isu-isu berbangkit termasuk satu sistem pembiayaan negara-negara maju dan mekanisme bagi pemantauan ikrar kebangsaan bagi mengurangkan emisi.

Hampir semua negara akan mengadakan ucapan ringkas minggu ini bagi menggariskan dasar dan harapan mereka. Mereka dijadualkan mencapai perjanjian pada Jumaat, namun rundingan dijangka luas bakal memasuki masa tambahan, seperti sidang kemuncak sebelumnya. – Reuters