Ban gesa dialog dengan Pyongyang

Ban gesa dialog dengan Pyongyang

SEOUL, 26 Mei – Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon (gambar) pada hari ini menggesa rundingan diadakan semula dengan Korea Utara, ketika satu lawatan ke Korea selatan yang telah mencetuskan desas-desus mengenai cita-cita beliau menjadi presiden di negaranya sendiri.

“Kami mesti mencari jalan kembali kepada dialog,” kata Ban pada satu forum keamanan dan keselamatan di selatan pulau Jeju. Ketegangan di antara Korea Utara dan Selatan telah meningkat sejak Pyongyang melancarkan ujian nuklear keempat pada Januari.

Dalam beberapa minggu ini, Utara telah mengemuka cadangan untuk mengadakan rundingan tentera bertujuan meredakan keadaan – namun Selatan telah menolak tawaran sebagai helah propaganda “yang tidak ikhlas.”

Pentadbiran Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye tetap berpendapat rundingan antara Korea hanya boleh bermula sebaik sahaja Utara membuat komitmen untuk membebaskan negara daripada kempen nuklear.

“Peningkatan dalam ketegangan di semenanjung Korea mungkin menyuramkan suasana di seluruh Asia Tenggara,” Ban mengingatkan. “Saya mengalu-alu segala usaha untuk maju ke depan. Saya bersedia untuk menyumbang dalam mana-mana cara yang dapat membantu,” tambah beliau.

pg16_160527_b

Ban telah menghulurkan jemputan kepada Korea Utara, dan lawatan sedemikian telahpun diaturkan untuk berbetulan dengan lawatan ke Selatan pada November lalu – namun rancangan tersebut menemui kegagalan. Bercakap kepada wartawan di Jeju semalam,Ban berkata “ruang untuk dialog” telahpun dibuka.

Satu lawatan Korea Utara akan menawarkan Ban dengan platform profil tinggi sekiranya beliau menimbang melibatkan diri dalam kempen presiden Korea Selatan pada 2017 setelah meletak jawatan sebagai ketua PBB pada akhir tahun ini. – AFP