Ban gesa rundingan konflik Sahara Barat

Ban gesa rundingan konflik Sahara Barat

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU(PBB), 5 Nov (AFP) – Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon semalam menggesa bagi rundingan dalam tempoh beberapa bulan akan datang untuk menyelesaikan konflik dingin berhubung Sahara Barat, di tengah ketegangan antara Mahgribi dan negara-negara Afrika.

“Konflik ini mesti ditamatkan jika rakyat di rantau itu menyahut cabaran yang dikongsi sama dan mencapai potensi penuh mereka,” Ban berkata dalam satu kenyataan.

Ketua PBB berkata dia telah meminta utusannya Christopher Ross supaya menggigihkan usaha untuk membawa Mahgribi dan Kumpulan Polisario yang disokong Algeria ke meja rundingan.

“Saya menggesa semua pihak berkenaan dalam rantau itu dan dalam masyarakat antarabangsa supaya mengambil kesempatan dari usaha gigih utusan peribadi saya untuk memudahkan melancarkan rundingan sebenar dalam beberapa bulan mendatang,” katanya.

pg16_151106_b

PBB cuba untuk menjadi perantara penyelesaian bagi Sahara Barat sejak 1991, selepas gencatan senjata yang mencapai penamatan perang yang meletus apabila Maghribi menghantar tentera ke bekas wilayah Sepanyol itu pada tahun 1975.

Ban berkata selepas 40 tahun, situasi di Sahara Barat, semakin menjadi membimbangkan.

Penduduk tempatan Sahrawi berkempen bagi hak bagi penentuan nasib sendiri tetapi Maghribi menganggap wilayah itu sebagai sebahagian negara beraja dan menegaskan kedaulatannya tidak boleh dicabar.

Sahrawi telah lama menuntut bagi referendum diadakan bagi taraf negeri. Kesatuan Afrika, yang mengiktiraf Republik Arab Sahrawi sebagai anggota, pandangan dan menganggap perbalahan sebagai contoh penamatan jajahan yang belum selesai di benua itu.

ARTIKEL YANG SAMA