Ban kecewa dengan pemimpin dunia

Ban kecewa dengan pemimpin dunia

NEW YORK, 14 Sept – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, meluahkan kekecewaan dengan ramai pemimpin dunia yang lebih mengutamakan untuk mengekalkan kuasa berbanding memperbaiki kehidupan rakyat dan beliau juga tidak faham mengapa Syria dijadikan tawanan kepada ‘takdir’ seorang lelaki, Presiden Bashar al-Assad.

Menghampiri penghujung perkhidmatannya selama 10 tahun menerajui PBB, beliau bersuara jujur mengenai keadaan dunia dan kejayaan, kegagalan serta kekecewaannya sebagai Setiausaha Agung badan dunia itu dalam temu bual dengan The Associated Press.

“Orang berkata saya diam dan tidak bercakap mengenai hak kemanusiaan, tetapi apa yang saya boleh katakan, saya bercakap lebih lantang daripada kebanyakan pemimpin Barat yang ‘lebih’ berwaspada, katanya. “Anda tidak melihat orang lain yang bercakap tanpa takut seperti saya.”

Gambar fail bertarikh 9 September 2016 menunjukkan Ban Ki-moon semasa ditemubual di ibu pejabat PBB. – AP
Gambar fail bertarikh 9 September 2016 menunjukkan Ban Ki-moon semasa ditemubual di ibu pejabat PBB. – AP

Ban turut meluahkan kekecewaan dengan cara PBB beroperasi.

Tidak realistik menjangka mana-mana Setiausaha Agung “menjadi seseorang yang hampir mempunyai kuasa mutlak,” katanya, kerana negara anggota badan itu membuat keputusan dan tugasnya cuma melaksanakannya berbanding melaksanakan inisiatif dan dasar sendiri. – AP

ARTIKEL YANG SAMA