Ban Ki-moon adakan lawatan mengejut ke Israel, wilayah Palestin

Ban Ki-moon adakan lawatan mengejut ke Israel, wilayah Palestin

BAITULMAQDDIS, 20 Okt – Ketua Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon akan mengadakan lawatan tanpa pemberitahuan Israel dan wilayah Palestin hari ini selepas pergolakan maut berlaku hampir tiga minggu, seorang pegawai PBB memberitahu AFP.

“Beliau akan tiba hari ini untuk lawatan dua hari ke Israel dan Palestin,” kata pegawai itu dengan tidak mahu namanya disiarkan, tanpa menjelaskan program lawatan Ban.

Lawatan Ban adalah berikutan daripada gelombang keganasan yang berlaku di Baitulmaqddis, wilayah Palestin dan Israel yang telah menaikkan amaran pemberontakan Palestin skala penuh, walaupun terdapat usaha antarabangsa untuk meredakan ketegangan.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry akan bertemu minggu ini dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Jerman dan juga Presiden Palestin, Mahmud Abbas. – AFP