Ban Ki-moon akan melawat Korea Utara

Ban Ki-moon akan melawat Korea Utara

SEOUL, 16 Nov (AFP) – Ketua Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon akan mengadakan lawatan ke Korea Utara minggu ini bagi mesyuarat dengan pemimpin negara diplomatik nuklear itu, Kim Jong-Un, agensi berita Yonhap Korea Selatan melaporkan hari ini.

Jika lawatan itu diteruskan, Ban akan menjadi setiausaha agung PBB yang pertama menjejak kaki ke Korea Utara untuk hampir 20 tahun, pemimpin antarabangsa pertama yang akan berjumpa Kim sejak beliau menyandang jawatan sejak empat tahun lalu.

Memetik satu sumber peringkat tinggi PBB yang tidak diketahui, Yonhap berkata Ban akan mengunjungi Pyongyang atas lawatan rasminya minggu ini, walaupun tiada tarikh tetap diberikan.

Jurucakap pejabat PBB di New York menolak untuk memberikan sebarang komen berkenaan laporan itu, sementara kementerian Luar Korea Selatan dan Rumah Biru Presiden kedua-duanya berkata mereka tidak mengetahui mengenai lawatan itu.

Sumber PBB memberitahu Yonhap bahawa Ban sangat pasti akan berjumpa dengan Kim Jong-Un – satu pertemuan yang mana, jika ia berlaku, akan menandakan pembukaan diplomatik utama oleh Pyongyang.

Satu sumber mengatakan Ban Ki-moon akan mengadakan lawatan ke Korea Utara minggu ini. – Reuters
Satu sumber mengatakan Ban Ki-moon akan mengadakan lawatan ke Korea Utara minggu ini. – Reuters

Sejak memegang pimpinan berikutan kematian ayahnya Kim Jong-Il pada 2011, Kim belum pernah menerima seorang pun pemimpin negara, dan belum pernah meninggalkan negara itu.

Pemimpin muda itu telah menerima kunjungan beberapa pegawai tertinggi China di Pyongyang, tetapi orang luar terkemuka yang di pernah jumpa dalam masa empat tahun adalah bekas bintang pemain bola keranjang NBA, Dennis Rodman.

“Tidak mungkin situasi di mana setiausaha agung PBB akan melawat Korea Utara dan tidak berjumpa dengan pemimpin tertinggi negara anggota PBB,” menurut sumber PBB itu. Ban dijadualkan akan membuat lawatan ke Korea Selatan pada Mei tahun ini, apabila Pyongyang menjemputnya untuk melawat bersama Zon Industri Utara-Selatan Kaesong.

Pyongyang bagaimanapun membatalkan jemputan itu pada saat-saat terakhir selepas Ban mengkritik ujian peluru berpandu Korea Utara baru-baru ini.

ARTIKEL YANG SAMA