Ban ‘optimis’ terhadap Trump dalam perubahan iklim

Ban ‘optimis’ terhadap Trump dalam perubahan iklim

MARRAKESH, Maghribi, 16 Nov – Pemilihan Donald Trump teleh menenggelamkan rundingan iklim kelmarin di mana ketua PBB, Ban Ki-moon menggesa negara-negara dunia untuk menggandakan usaha mereka dalam menyelamatkan planet ini dan menyuarakan harapan agar Amerika Syarikat tidak akan menarik diri daripada komitmennya.

Terpilih dalam jawatan Rumah Putih minggu lalu, Trump telah mengatakan bahawa “penipuan” dalam pemanasan global yang dilakukan oleh China dan mengancam untuk “membatalkan” Perjanjian Paris yang telah diselesaikan tahun lalu.

Ban berkata beliau telah bercakap dengan Trump, dan “optimis terhadap Trump” akan mendengarkan dan memahami betapa serius dan segeranya dalam menangani isu perubahan iklim ini.”

“Sebagai presiden Amerika Syarikat saya pasti dia akan memahami perkara ini, dia akan mendengar, dia akan memberi pandangan berbeza terhadap kempennya,” kata Setiausaha Agung PBB kepada wartawan.

“Saya pasti dia akan membuat sesuatu keputusan yang baik dan bijak.”

Berhimpun di Marrakesh sejak Isnin lalu, wakil dari 197 pihak badan iklim PBB telah mula merekabentuk pelan tindakan untuk meletakkan perjanjian itu kepada operasi tindakan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA