Ban seru subsidi bahan bakar fosil dihapuskan

Ban seru subsidi bahan bakar fosil dihapuskan

MARRAKESH, 16 Nov – Setiasuaha agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon menyeru semua negara supaya menghapuskan subsidi bahan bakar fosil bagi mempercepatkan transisi kepada penggunaan tenaga bersih dalam keadaan dunia yang sedang berdepan dengan ancaman menggerunkan daripada pemanasan global.

“Kita tidak berhak untuk memperjudikan nasib generasi akan datang atau memudaratkan kelangsungan hidup spesies lain yang menghuni planet kita ini,” katanya pada persidangan PBB di bandaraya Maghribi ini di mana sejak seminggulepas hampir 200 negara berusaha mencari jalan untuk melaksanakan Perjanjian Paris 2015 bagi mengehadkan pelepasan gas rumah hijau.

Ban berkata sektor swasta perlu melipatgandakan usaha untuk membebaskan dunia daripada bahan bakar fosil ketika komuniti setempat dan bandar raya sudah mengurangkan jejak karbon mereka.

Sumber tenaga bersih semakin banyak digunakan di seluruh dunia dan padatahun lepas, untuk julung kalinya, tenaga boleh diperbaharui merangkumi lebih separuh daripada kapasiti kuasa baharu di seluruh dunia, kata Ban, yang akanberundur akhir tahun ini setelah 10 tahun menyandang jawatan setiausaha agung badan dunia itu.

Ketika menerajui PBB, Ban menjadikan usaha menangani perubahan iklim sebagai antara perkara yang diberi keutamaan paling tinggi.

Ban Ki-moon semasa bercakap kepada Associated Press dalam satu temu bual di Marrakesh, Maghribi, kelmarin. Ban Ki-moon menyeru semua negara supaya menghapuskan subsidi bahan bakar fosil bagi mempercepatkan transisi kepada penggunaan tenaga bersih. – AP
Ban Ki-moon semasa bercakap kepada Associated Press dalam satu temu bual di Marrakesh, Maghribi, kelmarin. Ban Ki-moon menyeru semua negara supaya menghapuskan subsidi bahan bakar fosil bagi mempercepatkan transisi kepada penggunaan tenaga bersih. – AP

Menurut beliau, ketika ini, lebih 150 juta orang tinggal di kawasan daratan yang boleh tenggelam atau mengalami banjir teruk pada abad ini, yang seterusnyaberkemungkinan menyebabkan berlaku perpindahan secara besar-besaran dan suasana tidak stabil.

“Pilihan yang kita buat hari ini dan pada dekad-dekad akan datang, bolehmengundang kesan buruk dari segi iklim untuk beribu-ribu tahun akan datang. Inimerupakan suatu tanggungjawab amat besar dan peluang baik bagi kita untuk mengambil langkah tepat demi kebaikan masa depan kita,” katanya.

Beliau menyifatkan Perjanjian Paris yang diterima pakai dan disahkan lebih100 negara, termasuk Amerika Syarikat (A.S) dalam tempoh singkat, sebagai antaraperjanjian antarabangsa bersifat kompleks, yang pernah dicapai dalam sejarahkewujudan PBB. Perjanjian itu dikuatkuasakan beberapa tahun lebih awal daripada yang dijangka.

Ban juga menyeru negara maju supaya mengotakan komitmen mereka untuk menggerakkan pengumpulan dana bagi membiayai urusan pemuliharan iklim berjumlahAS$100 bilion menjelang 2020 untuk membantu negara membangun mengekang dan menyesuaikan diri dengan kerentanan iklim.

“Saya yakin, pengganti saya juga akan terus menjadi pejuang tegar bagigolongan yang terdedah kepada kerentanan. Merekalah yang paling sedikit melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan krisis iklim dan oleh itu tidakpatutlah mereka yang mengalami kesan paling teruk,” katanya bagi merujuk kepada negara maju yang merupakan pihak paling banyak melepaskan gas rumah hijau.

“Ini adalah persidangan PBB terakhir mengenai perubahan iklim bagi saya sebagai setiausaha agung. Saya meninggalkan anda semua dengan harapan agar kitamemiliki keberanian, ketabahan dan kebijaksanaan untuk menunaikan tanggungjawab kita terhadap generasi akan datang, dengan melindungi satu-satunya rumah kita ini: planet Bumi yang indah ini,” katanya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA