Banci online ditutup selepas diserang

Banci online ditutup selepas diserang

CANBERRA, Australia, 10 Ogos – Cubaan pertama Australia untuk melaksanakan banci dalam talian (online) menjadi tidak keruan selepas beberapa serangan siber dan kerosakan perkakasan yang mengakibatkan laman sesawang ditutup, menurut para pegawai hari ini.

Biro Statistik Australia telah menutup laman itu untuk melindungi data malam semalam sejurus selepas pelindung yang menyekat gagal menghentikan laluan daripada serangan penafian perkhidmatan kali keempat yang datangnya dari luar negara, menurut kerajaan.

Perdana Menteri Malcolm Turnbull berkata biro statistik menutup laman itu ‘dengan alasan langkah berjaga-jaga’ dan akan membukanya semula sebaik saja biro itu, agensi keselamatan kerajaan, Australian Signals Directorate dan penyedia sistem IBM yakin ia selamat daripada serangan siber.

“Saya mahu memastikan rakyat Australia bahawa nasihat jelas yang telah kami terima ialah data banci Australia adalah selamat, ia tidak terjejas,” Turnbull memberitahu para pemberita.

Perdana Menteri Malcolm Turnbull (kanan) bercakap semasa sidang akhbar bersama bendahari Scott Morrison (kiri) tentang penutupan sistem banci online, berikutan siri serangan siber. – AFP
Perdana Menteri Malcolm Turnbull (kanan) bercakap semasa sidang akhbar bersama bendahari Scott Morrison (kiri) tentang penutupan sistem banci online, berikutan siri serangan siber. – AFP

Ketua ahli statistik biro itu David Kalisch, berkata dia membuat keputusan untuk menutup laman itu selepas kegagalan penyekatan yang membawa kepada kerosakan router yang lebih muatan, yang berpotensi mengakibatkan data lebih mudah terdedah kepada penggodaman ketika tempoh sibuk dan sistem pemantau prestasi ‘mempersoalkan kami yang perlu kami siasat.”

Penasihat Khas Perdana Menteri berhubung Keselamatan Siber, Alastair MacGibbon berkata sementara agensi kerajaan secara rutin mengatasi serangan siber tanpa gangguan, biro statistik adalah mangsa pertembungan kejadian itu.

“Pihak pembangkang menyalahkan pembiayaan yang kurang bagi biro itu di atas kegagalan tersebut, dengan mengatakan ia akan mengurangkan respons kepada banci itu dan menjejaskan hasilnya.

“Ini adalah banci paling teruk dikendalikan dalam sejarah Australia dan salah satu kegagalan teruk IT yang pernah disaksikan di negara itu,” kata ahli undangan pihak pembangkang Andrew Leigh. – AP