BancorpSouth didenda AS$10.6 juta

BancorpSouth didenda AS$10.6 juta

NEW YORK, 30 Jun (AP) – Jabatan Keadilan dan Biro Perlindungan Kewangan Pengguna mendenda AS$10.6 juta ke atas BancorpSouth yang berpangkalan di Mississippi, mendakwa bank itu sengaja mendiskriminasi penduduk minoriti dalam amalan pinjamannya.

BancorpSouth, bank serantau bersaiz sederhana dengan aset berjumlah AS$13.9 bilion dan 239 cawangan di lapan negeri, sengaja mengelak membina cawangan di kawasan penduduk minoriti di Memphis, Tennessee daripada tahun 2011 hingga 2013.

Bank itu juga menolak lebih banyak pinjaman kepada warga Afrika Amerika dan penduduk minoriti apabila dibandingkan dengan kawasan berhampiran dengan penduduk minoriti yang kurang, kata Jabatan Keadilan dan CFPB semalam, dan penduduk minoriti yang diluluskan pinjaman dikenakan kadar faedah yang lebih tinggi apabila dibandingkan dengan penduduk bukan minoriti.

Sementara BancorpSouth adalah berpangkalan di Tupelo, Mississippi, kes itu membincangkan kehadiran BancorpSouth di Memphis dan berpunca daripada satu siasatan 2014 dalam BancorpSouth oleh Jabatan Keadilan dan CFPB.

Bank itu mempunyai 22 cawangan di kawasan Memphis di antara tahun 2011 dan 2013, kesemuanya terletak di luar kawasan kejiranan dengan sejumlah besar penduduk minoriti.

Peta yang diberikan oleh pengatur juga menunjukkan hampir kesemua pinjaman BancorpSouth juga berasal dari luar kawasan Memphis.

“Diskriminasi BancorpSouth sepanjang proses pinjaman gadai janji menjejaskan orang yang dikenakan caj berlebihan atau tidak memenuhi impian mereka untuk memiliki rumah berdasarkan perkauman, dan ia menjejas kawasan penduduk minoriti Memphis yang tidak diberikan hak yang sama untuk mendapatkan pinjaman,” kata Pengarah CFPB Richard Cordray.

BancorpSouth dalam tempoh ini mewajibkan pekerjanya supaya memproses permohonan berdasarkan kaum, warna kulit dan asal-usul negara peminjam.

ARTIKEL YANG SAMA