Band pop Korea Utara batal konsert di Beijing

Band pop Korea Utara batal konsert di Beijing

BEIJING, 13 Dis (Reuters) – Kumpulan band pop Korea Utara dianggotai semua wanita yang ditubuhkan oleh pemimpin Kim Jong Un dengan tiba-tiba membatalkan konsert di Beijing berikutan “isu-isu komunikasi” dan berlepas ke tanah air, menurut media China hari ini.

Band Moranbong dalam kunjungan ke China bersama kumpulan Merit Korus negara itu sepatutnya membuat persembahan di Pusat Persembahan Seni Kebangsaan di Beijing semalam.

Seorang staf pusat tempat persembahan sepatutnya berlangsung yang menjawab panggilan telefon wartawan Reuters berkata persembahan dibatalkan kerana sebab yang tidak diketahui sementara agensi berita rasmi China, Xinhua, berkata persembahan tidak dapat dipentaskan mengikut jadual kerana “isu-isu komunikasi”.

Band itu adalah projek yang diberikan lebih perhatian oleh Kim ketika beliau cuba memberikan komitmennya terhadap bidang seni Korea Utara dan fesyen rambut pendek kumpulan wanita muda terbabit adalah trend yang menjadi ikutan di ibu negara Pyongyang.

Anggota kumpulan Band Moranbong dari Korea Utara sebelum berlepas pulang ke tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada 12 Disember 2015. – Reuters
Anggota kumpulan Band Moranbong dari Korea Utara sebelum berlepas pulang ke tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada 12 Disember 2015. – Reuters

Hari ini, agensi berita Korea Selatan, Yonhap, pula berkata Korea Utara mungkin membatalkan persembahan itu selepas China memutuskan untuk menghantar delegasi ranking rendah sebagi membantah dakwaan Kim minggu lepas bahawa Pyongyang kini memiliki bom hidrogen.

Laporan Yonhap memetik sumber tidak dikenali yang memetik pegawai China yang tidak dikali sebagai berkata Utara pada asalnya meminta agar audiensnya adalah termasuk Presiden Xi Jinping atau Perdana Menteri Li Keqiang.

Bagaimanapun China kemudian bersetuju menghantar anggota politburo, tetapi sebaliknya sekadar menghantar para pegawai ranking rendah.

Sementara itu Kementerian Luar China tidak memberikan sebarang respons ketika diminta ulasan mereka mengenai perkara itu.

ARTIKEL YANG SAMA