Band tempatan dapat sambutan di Sabah

Band tempatan dapat sambutan di Sabah

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Okt – Dua kumpulan band tempatan telah dijemput untuk membuat persembahan di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini, setelah lagu-lagu mereka mendapat sambutan baik di radio tempatan Sabah.

Dua kumpulan tersebut ialah Band Flowers dan Simply Slumber, telah menerima tajaan daripada penyunting dan penaja dari Bazzar Music Fest Ke-6, Langau untuk membuat persembahan di Wisma Budaya, Kota Kinabalu.

Band Flowers terdiri daripada Amit (pemain dram), Matt (gitaris), Apis (lead gitaris) dan Sam (gitaris bass).

Sementara Simply Slumber terdiri daripada Azman (bass; vokal), Azlan (gitaris) dan Izat (pemain dram).

Band Flowers ketika membuat persembahan mereka.
Band Flowers ketika membuat persembahan mereka.
Band Simply Slumber begitu mantap menyanyikan lagu-lagu mereka.
Band Simply Slumber begitu mantap menyanyikan lagu-lagu mereka.

Bazzar Music Fest ke-6 adalah pesta yang dianjurkan oleh Online FM, satu-satunya stesen radio Internet di Sabah, Malaysia.

Lagu-lagu ciptaan sendiri Flowers yang mendapat sambutan ialah ‘Take Us Home’ dan ‘Lelah Mengikuti’ dan nyanyian semula lagu ‘Khayalan Tingkat Tinggi’ dan ‘Beyond The Other Side’.

Manakala Simply Slumber, dengan lagu ciptaan mereka sendiri bertajuk ‘Biarkanlah’ dan selain itu mereka juga telah menyanyikan semula lagu-lagu seperti ‘I Will Survive’, ‘Rude’, ‘Somebody Told Me’ dan ‘Adventure of a Life Time’.

ARTIKEL YANG SAMA