Bandar bersejarah Australia dijilat api

Bandar bersejarah Australia dijilat api

PERTH, Australia, 8 Jan (AFP) – Kebakaran belukar ‘yang menimbulkan bencana’ telah membakar bandar bersejarah di Barat Australia, membakar 95 buah rumah dan tiga orang tidak dapat dikesan, menurut pegawai-pegawai hari ini.

Kebakaran sejauh 110 kilometer yang tidak terkawal itu di selatan Perth lebih dua kali ganda saiznya dalam tempoh 24 jam dan kini membakar 53,000 hektar dengan sepertiga bandar Yarloop telah musnah.

“Saya percaya kita berdepan apa yang saya katakan kemusnahan dalam Yarloop,” pesuruhjaya Perkhidmatan Kecemasan dan Kebakaran negeri itu, Wayne Gregson memberitahu para pemberita.

“Nampaknya kami telah kehilangan 95 buah rumah, sebilangan struktur dalam tapak bandar termasuklah beberapa bangunan bersejarah.”

Gregson berkata tiga atau empat orang mengalami cedera ringan akibat kebakaran itu, yang diburukkan lagi oleh angin kencang, tetapi menambah kata “Sedihnya, tiga orang yang tidak dapat dikesan adalah dari Yarloop.”

Kepulan asap tebal akibat kebakaran belukar besar kelihatan di sebalik sekatan jalan polis di Lebuh Raya South Western berhampiran Pinjarra, Australia Barat pada 7 Januari. – Reuters
Kepulan asap tebal akibat kebakaran belukar besar kelihatan di sebalik sekatan jalan polis di Lebuh Raya South Western berhampiran Pinjarra, Australia Barat pada 7 Januari. – Reuters

Yarloop mempunyai penduduk 500-600 orang dengan anggaran 250 buah rumah.

Rakaman melalui udara menunjukkan rumah musnah dengan hanya yang tinggal tempat api yang dibuat dari batu bata, meninggalkan tanah yang menghitam dan badan kenderaan terbakar. Seorang penduduk Yarloop Ron Sackville memberitahu 6PR Radio “sangat sedikit yang tinggal.”

“Saya melihat di sekelilingi 360 darjah dan segala-galanya terbakar hingga menjadi bara. Kebakaran dahsyat sekali,” katanya.

Seorang lagi penduduk menceritakan tentang kecemasan semalaman – pada awalnya bermula dengan panahan kilat – seperti bandar itu dinyalakan oleh ‘bola-bola api’.

“Satu demi satu bola api. Angin.. adalah luar biasa,” Alex Jovanovich memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia.

“Kerosakan yang memusnahkan,” katanya.

“Dewan telah lenyap. Saya percaya pub juga tiada. Bengkel-bengkel telah tiada. Hospital lama telah tiada. Saya kira gereja pun sama tiada.”

Beratus-ratus ahli bomba bergelut memadam kebakaran, yang mencetuskan pemindahan dan amaran kecemasan bagi bandar-bandar berhampiran dan kawasan sekitarnya.

ARTIKEL YANG SAMA