Bandar dijual AS$8 juta

Bandar dijual AS$8 juta

SYDNEY, 13 April (dpa) – Sebuah bandar bersejarah akan dijual di negeri pulau Australia Tasmania dengan harga lapan juta dolar AS.

Bandar terpencil Tarraleah di tengah tanah tinggi dibina pada tahun 1930 untuk menempatkan 2,000 pekerja yang sedang membina empangan hidroelektrik berhampiran.

Bandar itu termasuk sebuah gereja, teater, sekolah dan 33 rumah yang dibina dalam gaya seni deco.

Bandar seluas 145 hektar itu lengang pada tahun 1990 apabila empangan hidro menjadi automatik.

Pemilik sekarang Julian Horner menghabiskan 13 tahun lalu memulihkan bandar berkenaan, yang telah menjadi tarikan pelancong untuk pengembara berjalan kaki, pemancing ikan dan mereka yang bersiar-siar. Ia memaparkan sebuah rumah tumpangan, bar, kafe dan empangan memancing ikan trout.

Ejen harta tanah Hobart John Blacklow berkata bandar itu boleh dijual dengan harga 11 juta dolar Australia dan pernyataan minat tersebut telah datang dari seluruh dunia sejak bandar itu ditawarkan untuk dijual beberapa hari lalu.

“Ia terletak 126 kilometer dari Hobart, dikelilingi oleh gunung dan hutan belukar semula jadi dan telahpun menarik 2 juta dolar setahun daripada pelancong,” beritahu Blacklow kepada dpa.

“Dalam tempoh beberapa hari kami menerima pertanyaan dari Holland, China, Hong Kong dan Singapura.”

ARTIKEL YANG SAMA