Bandar India cecah 51 darjah Celsius

Bandar India cecah 51 darjah Celsius

NEW DELHI, 20 Mei (AFP) – Sebuah bandar di utara India telah memecahkan rekod panas negara itu, iaitu 51 darjah Celsius – rekod yang paling tertinggi – kata Pejabat kaji cuaca hari ini.

Rekod baharu di Phalodi, sebuah bandar di negeri gurun Rajasthan, dicatatkan ketika gelombang panas melanda negara berkenaan.

Ia telah memecahkan rekod sebelumnya iaitu 50.6 Celsius yang telah berlaku pada tahun 1956.

“Semalam (Khamis) adalah suhu yang paling panas pernah dicatatkan di negara ini … 51 darjah di Phalodi,” kata B.P. Yadav, seorang pengarah Jabatan Meteorologi India, memberitahu AFP hari ini.

Suhu di utara India sering mencapai tahap tinggi sekitar 40 darjah Celsius pada Mei dan Jun setiap tahun, namun paras 50 darjah Celsius adalah luar biasa.

Gambar fail 10 Mei 2016 menunjukkan seorang pengembala meminum air di atas tanah yang kering di Empangan Manjara, yang membekalkan air ke Latur dan kampung-kampung berdekatan di rantau Marathwada, di negara bahagian India Maharashtra. – AP
Gambar fail 10 Mei 2016 menunjukkan seorang pengembala meminum air di atas tanah yang kering di Empangan Manjara, yang membekalkan air ke Latur dan kampung-kampung berdekatan di rantau Marathwada, di negara bahagian India Maharashtra. – AP

Pejabat kaji cuaca telah mengeluarkan amaran keadaan ‘gelombang panas yang teruk’ di seluruh sebahagian besar kawasan utara dan barat India sepanjang hujung minggu.

India mengisytiharkan keadaan panas melampau apabila suhu maksimum itu mencecah 45 darjah Celsius, atau lima darjah lebih tinggi daripada purata kawasan itu pada tahun-tahun sebelumnya.

ARTIKEL YANG SAMA