Bandar Taiwan periksa bangunan pemaju

Bandar Taiwan periksa bangunan pemaju

TAINAN, Taiwan, 12 Feb – Apabila gempa bumi melanda kota Taiwan, Tainan, pada awal pagi Sabtu lalu, unit Wu Hsiu-chi di Wei-guan, Bangunan Dragon Door Family World tujuh tingkat mengalami gegaran kuat , akan tetapi terselamat dengan hanya mengalami kerosakan kecil .

Dalam satu lagi blok pangsapuri tinggi, dibina oleh pemaju yang sama di kawasan kejiranan yang sama, kebanyakkan penduduknya tidak bernasib baik.

Bahagian bawah daripada Bangunan Wei-guan Golden Dragon runtuh di atas satu sama lain semasa gegaran 6.4 magnitud melanda, sebelum seluruh kompleks berbentuk ‘U’ itu roboh dengan sendirinya akibat gegaran tersebut. Sekurang-kurangnya 63 orang terbunuh dan lebih 50 yang lain masih terperangkap di dalam serpihan runtuhan, dengan harapan ada mangsa yang hilang masih hidup. Pendakwa membawa pemaju bangunan yang runtuh, Lin Ming-hui, ke dalam tahanan pada hari Selasa lalu, dengan dua orang lelaki, Chang Kuei-pao dan Cheng Chin-kuei, yang dikenal pasti sebagai arkitek yang turut terlibat dalam pembinaan bangunan, kerana disyaki dalam kecuaian pembinaan yang melibatkan banyak kematian.

Ketiga-tiga mereka belum lagi didakwa kerana siasatan keruntuhan bangunan masih sedang dijalankan. Mereka tidak membuat apa-apa komen semasa dibawa ke dalam tahanan. Pembinaan Lin Wei-guan membina tiga bangunan yang lain di Tainan, bandar tertua di Taiwan, termasuk rumah Wu.

Risau terhadap teknik pembinaan yang tidak betul, yang dikenal pasti pada Wei-guan Golden Dragon dan penyelewengan dalam urusan perniagaan Lin, pegawai berkata mereka kini sedang melihat dan memeriksa bangunan-bangunan itu.

Gambar yang diambil pada 6 Februari 2016  menunjukkan anggota penyelamat bekerja keras untuk menyelamatkan mangsa yang tertimbus  runtuhan bangunan selepas gempa bumi melanda di Tainan, selatan Taiwan. – Reuters
Gambar yang diambil pada 6 Februari 2016 menunjukkan anggota penyelamat bekerja keras untuk menyelamatkan mangsa yang tertimbus runtuhan bangunan selepas gempa bumi melanda di Tainan, selatan Taiwan. – Reuters

“Saya berfikir untuk pindah, tetapi ia adalah satu isu wang,” kata Wu, ketika ditanya apa yang dia fikir tentang penginapannya di kompleks yang dibina oleh syarikat yang sama di belakang bangunan yang runtuh. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA