Bandar Turki dihujani roket

Bandar Turki dihujani roket

ANKARA, 25 April – Lima roket telah ditembak ke Turki dari kawasan Syria yang dikawal oleh kumpulan Islamic State (IS) melanda bandar sempadan Kilis kelmarin, membunuh satu jiwa dan mencederakan 26 yang lain, kata Timbalan Perdana Menteri.

Tembakan pertama mengenai bumbung sebuah rumah di kejiranan Okçular manakala tembakan kedua mendarat berhampiran dengan masjid, kata Yalcin Akdogan di Kilis, dalam komen yang dilaporkan oleh agensi berita Dogan. Enam yang cedera termasuk rakyat Syria.

Penduduk telah berarak ke pejabat gabenor di Kilis bagi menjalankan protes, dan bersurai apabila polis berada disana, kata Hurriyet Daily, sambil menambah bahawa perarakan dan bantahan telah diharamkan selama sebulan dalam kenyataan Bandar itu.

Beberapa minggu lepas, kumpulan berani mati IS telah berkali-kali melepaskan tembakan roket di bandar tenggara Kilis – satu-satunya tempat pelarian di Turki dari konflik lima tahun Syria yang kini melebihi bilangan penduduk tempatan.

Akdogan berkata sejak pertengahan Januari, 45 roket telah melanda Kilis, membunuh sekurang-kurangnya 16 orang. Pada hari Isnin lalu, serangan roket mengorbankan lima warga Syria, termasuk empat kanak-kanak.

Pekerja penyelamat membantu seorang lelaki yang cedera selepas roket melanda masjid di Kilis pada Ahad lalu. – AFP
Pekerja penyelamat membantu seorang lelaki yang cedera selepas roket melanda masjid di Kilis pada Ahad lalu. – AFP

Turki telah memberi respons kepada setiap serangan ke atas Kilis dengan memusnahkan kedudukan pelancaran berani mati dengan meriam api.

Pegawai Turki telah berulang kali memuji keramahan penduduk di Kilis terhadap warga Syria, dan ia sebagai contoh bagaimana Turki menjadi tuan rumah kepada 2.7 juta rakyat Syria yang telah melarikan diri dari perang saudara di negara mereka. – AFP