Bandhari presiden wanita pertama Nepal

Bandhari presiden wanita pertama Nepal

KATHMANDU, 29 Okt (AFP) – Parlimen Nepal hari ini melantik Bidhya Bhandari ahli undangan komunis sebagai presiden wanita pertama negara itu selepas pembentukan perlembagaan bersejarah bulan lalu.

Bekas menteri pertahanan itu telah mengalahkan pesaingnya Kul Bahadur Gurung dengan 327 berbanding 214 undi untuk menjadi pemimpin negara beristiadat negara Himalaya itu.

Bhandari, naib pengerusi Parti memerintah, Parti Komunis Nepal, menggantikan Ram Baran Yadav. Dia telah dilantik sebagai presiden pertama negara itu dalam tahun 2008 ekoran pemansuhan sistem beraja Hindu yang berusia 240 tahun.

“Saya mengumumkan Bidhya Devi Bhandari telah dilantik bagi jawatan presiden Nepal,” Speaker Onsari Gharti Magar, dengan diiringi tepuk sorak dari anggota parlimen.

Ramai para penyokong yang menanti Bhandari di luar parlimen, bertepuk sorak ketika dia mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli undangan kerana melantiknya.

Presiden Bidhya Bhandari (tengah) bertemu penyokong selepas menang pilihan raya di Kathmandu, semalam. – AFP
Presiden Bidhya Bhandari (tengah) bertemu penyokong selepas menang pilihan raya di Kathmandu, semalam. – AFP

“Saya akan melakukan yang terbaik untuk melindungi perlembagaan dan usaha bagi pembangunan dan kemakmuran negara,” beliau memberitahu para pemberita.

Bhandari, wajah wanita yang jarang dilihat dalam parlimen Nepal, melibatkan diri dalam politik pada usia remajanya dalam usaha untuk mengubah sistem pemerintahan beraja mutlak dan kemudian berkahwin dengan rakan dalam parti komunis, Madan Bhandari.

Tetapi selepas kematian suaminya dalam kemalangan kereta pada 1993, ibu kepada dua orang anak ini menjadi suara menonjol dan meraih banyak simpati untuk memenangi kerusi dalam parlimen. – AFP

Bhandari, yang pernah menjadi menteri pertahanan dari 2009 hingga 2011, mendapat pujian para pengkempen di atas pendirian keras beliau menyokong peningkatan wakil wanita dalam parlimen kepada 33 peratus.

ARTIKEL YANG SAMA