Banduan AS berjaya ditangkap

Banduan AS berjaya ditangkap

MALONE, N.Y. 29 Jun (Reuters) – David Sweat, salah seorang dari dua tahanan negeri New York yang melarikan diri dari penjara tiga minggu lalu, telah ditembak oleh polis berhampiran sempadan Kanada dan dikejarkan ke hospital setempat semalam, dua hari selepas rakan sejenayahnya dibunuh, menurut pihak berkuasa.

Penangkapannya adalah kemuncak dramatik pemburuan besar-besaran Sweat dan rakannya Richard Matt, yang didapati hilang dari Penjara Clinton Correctional di Dannemora, New York pada 6 Jun. Kira-kira 1,300 anggota penguat kuasa undang-undang menyertai usaha mencari di hutan dan kawasan berpaya di utara New York.

Sweat, 35 tahun, ditembak dua kali dan ditahan di bandar Constable, 37 kilometer utara Duane, tempat rakan sejenayahnya telah ditembak mati Jumaat lalu, menurut pihak berkuasa. Dia ditangkap 2.4 kilometer selatan sempadan New York dengan Quebec, wilayah Kanada.

Sarjan Jay Cook dari Polis negeri New York sedang menjalankan rondaan apabila dia terlihat ‘lelaki mencurigakan sedang berjalan di jalan raya’ pada kira-kira pukul 3:20 petang waktu tempatan.

Cook memanggil individu itu, dan apabila dia berpaling pegawai itu mengenalinya sebagai Sweat, menurut polis.

Gabenor New York Andrew Cuomo memberikan taklimat berkenaan selesainya kes buruan berkenaan. – AFP
Gabenor New York Andrew Cuomo memberikan taklimat berkenaan selesainya kes buruan berkenaan. – AFP

Pelarian itu terus berlari dan pegawai itu menembaknya dua kali di bahagian badannya, menurut polis. Sweat ditahan dan dibawa ke hospital setempat bagi menerima rawatan.

“Mimpi ngeri telah berakhir,” gabenor negeri New York Andrew Cuomo memberitahu sidang media. “Jika anda sedang menulis plot filem, mereka akan katakan ini adalah keterlaluan.” Dia menambah kata Sweat dalam keadaan stabil.

Cuomo berkata dia sendiri telah memberi ucapan tahniah kepada pegawai polis itu.

“Itu adalah tindakan sangat berani. Saya katakan kepada Sarjan Cook, yang mempunyai dua orang anak perempuan, 16 dan 17 tahun. “Kamu pulang ke rumah malam ini dan katakan kepada anak-anak perempuan kamu, kamu adalah wira,” kata gabenor.

ARTIKEL YANG SAMA