Banduan AS tiba di Jerman

Banduan AS tiba di Jerman

WASHINGTON, 18 Jan – Tiga warga Amerika Syarikat berketurunan Iran tiba di Jerman selepas meninggalkan Tehran malam tadi dalam pertukaran banduan berikutan penarikan semula kebanyakan sekatan antarabangsa ke atas republik Islam itu.

Ia susulan perjanjian yang disifatkan Presiden Barack Obama sebagai menyekat laluan Tehran untuk memiliki bom nuklear.

Pesawat Switzerland membawa ketua biro akhbar Washington Post di Tehran, Jason Rezaian; paderi dari Idaho, Saeed Abedini, dan bekas anggota marin dari Flint, Michigan, Amir Hekmati, serta beberapa anggota keluarga mereka dari Tehran, ke Geneva di Switzerland.

Pegawai Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata, tidak lama selepas itu, ketiga-tiga mereka dibawa ke pangkalan tentera Amerika Syarikat di Jerman, dan tiba lewat malam tadi.

Seorang lagi banduan yang dibebaskan dalam perjanjian pertukaran sama, Nosratollah Khosravi-Roodsari, tidak menaiki pesawat itu.

Sementara tahanan kelima, Matthew Trevithick, dibebaskan secara berasingan kelmarin.

Beberapa rakyat Amerika berketurunan Iran ditahan dipenjara Amerika selepas didakwa atau disabitkan melanggar sekatan juga dibebaskan, peguam mereka memberitahu Reuters kelmarin. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA