Banduan dadah Jepun ditemui bunuh diri

Banduan dadah Jepun ditemui bunuh diri

JAKARTA, 12 Okt – Seorang pesalah dadah Jepun telah ditemui mati tergantung dalam penjara di pulau peranginan Bali, Indonesia dalam kejadian kelihatannya bunuh diri, menurut polis hari ini.

Mayat Yuki Morita, 40, ditemui tergantung dari grid siling di luar bilik penjaranya di penjara Kerobokan oleh rakan banduan, menurut ketua polis tempatan, Tony Binsar Marpaung.

Dia telah dibenarkan keluar dari selnya bagi tugas membersih bersama para banduan lain.

Morita menjalani hukuman penjara 18 tahun kerana cuba untuk menyeludup enam kilogram hasyis masuk ke Bali pada 2011. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA