Banduan enggan meninggalkan Teluk Guantanamo

Banduan enggan meninggalkan Teluk Guantanamo

WASHINGTON, 24 Jan – Seorang banduan Yaman yang sudah dibebaskan dari Teluk Guantanamo selepas hampir 14 tahun dipenjara memilih untuk tinggal di penjara tentera itu buat masa ini.

Jurucakap Pentagon, Leftenan Komander Gary Ross, berkata Mohammad Ali Abdullah Bwazir yang dijadual berpindah pada Rabu, menukar fikiran di saat akhir.

“Kami tidak boleh membincangkan butir keputusan tahanan itu untuk tidak menerima penempatan semula di negara ketiga.

“Kami akan cuba sekali lagi untuk berunding dengan negara lain untuk menerima beliau,” katanya.

Pentagon tidak mendedahkan negara mana yang ditolak Bawazir.

Berdasarkan laporan, Bawazir didakwa berjuang dengan Briged Arab ke-55 pimpinan Osama Bin Laden.

Khamis lalu, Pentagon mengumumkan pemindahan dua lagi tahanan dari Guantanamo Bay, menjadikan baki terkini penghuni pusat tahan berkenaan seramai 91 orang. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA