Banduan larikan diri diberkas di Lahad Datu

Banduan larikan diri diberkas di Lahad Datu

TAWAU, 17 Jun (Bernama) – Banduan kes rogol yang melarikan diri ketika hendak dibawa ke Penjara Tawau untuk menjalani hukuman penjara 20 tahun atas kesalahan rogol berjaya diberkas semula awal pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata Mohd Faizal Iman, 36, yang berasal dari Kampung Aman Jaya, Tagasan, Semporna, diberkas kira-kira jam 1:45 pagi tadi di Division 5, Ladang Tamaco, Lahad Datu oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.

“Antara barangan yang dirampas daripada banduan berkenaan ialah sebuah telefon bimbit berwarna biru jenama Nokia dan satu SIM Kad Celcom Xpax,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.