Banduan letup dinding lolos penjara

Banduan letup dinding lolos penjara

RIO DE JANEIRO, 25 Jan – Banduan di salah satu penjara paling berbahaya di Brazil menggunakan bahan letupan untuk memecahkan dinding dan melarikan diri secara berkumpulan sekali gus memerlukan pihak berkuasa memburu mereka.

Kandungan video media berkaitan insiden pada Sabtu lalu di bandar timur laut, Recife menunjukkan letupan itu menyebabkan lubang di dinding utama yang mengelilingi penjara Frei Damiao de Bozanno. – AFP