Bangga anak lebih berdisiplin selepas jalani PKBN

Bangga anak lebih berdisiplin selepas jalani PKBN

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Mac – Setelah tiga bulan menyertai Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) pengambilan ke-5 ini, ibu bapa dan penjaga para pelatih sudah setentunya berbangga melihat anak mereka berjaya menamatkan PKBN yang banyak memberikan mereka pengalaman dan lebih berdisiplin.

Lebih-lebih lagi jika seorang anak yang kurang bergaul, mereka akan berubah menjadi seorang yang pandai bergaul dan berkomunikasi dengan orang sekelilingnya.

Inilah yang disaksikan oleh Dayang Chan Kon Kee, iaitu ibu kepada Pelatih Perempuan Terbaik Keseluruhan, Dayang Alana.

Menurut Dayang Chan, perubahan itu jelas ketara setelah anaknya mengikuti PKBN.

Beliau sama sekali tidak menyangka, malah gembira dan terharu apabila mendapati anaknya diterima sebagai Pelatih Perempuan Terbaik Keseluruhan dan berharap program ini akan dapat membawa kemajuan dan seterusnya meningkatkan lagi keyakinan anaknya khususnya dalam mata pelajaran.

Dayang Chan Kon Kee bersama keluarga hadir
Dayang Chan Kon Kee bersama keluarga hadir
Pengiran Zalia menjelaskan anaknya telahpun berubah sikap ke arah yang lebih berdisiplin sejak memasuki program ini.
Pengiran Zalia menjelaskan anaknya telahpun berubah sikap ke arah yang lebih berdisiplin sejak memasuki program ini.

Beliau turut menyeru ibu bapa dan penjaga agar dapat menyokong dan membenarkan anak mereka untuk mengikuti PKBN supaya mereka akan mendapat pengalaman yang berharga dan dapat mempelajari sesuatu yang baru di sana.

Sementara bapa Pelatih Lelaki Terbaik Keseluruhan Awang Muhammad Nur Amin bin Morshidi, mengakui terdapat perubahan yang berlaku sejak anaknya mengikuti program tersebut.

Menurutnya lagi, sebelum ini anaknya sering bangun lewat dan pada masa ini beliau berjaya bangun awal dan sentiasa melakukan sesuatu kerja yang bermanfaat.

Manakala Pengiran Zalia binti Pengiran Haji Burut dari Sungai Hanching iaitu ibu kepada salah seorang pelatih PKBN kelima, Awang Akmal Izaddin bin Muhammad berharap anaknya akan dapat hidup lebih berdikari dan telah pun berubah sikap yang lebih berdisiplin sejak memasuki program ini.

Sebagai ibu, beliau merasa amat berbangga kerana dapat menyaksikan anaknya tamat mengikuti PKBN selama tiga bulan dan menyarankan kepada ibu bapa dan penjaga agar membenarkan dan memberikan sokongan kepada anak-anak mereka untuk masuk ke PKBN supaya mereka akan dapat berlatih, sentiasa aktif dalam bidang jasmani dan rohani, lebih berdikari dan sentiasa bersemangat daripada anak-anak tidak melakukan sesuatu.

ARTIKEL YANG SAMA