Bangga bertemu raja penyayang

Bangga bertemu raja penyayang

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Julai – Majlis Junjung Ziarah di Istana Nurul Iman merupakan peluang berharga untuk bersua muka dengan pemimpin Negara Brunei Darussalam serta kerabat diraja lain, bukan sahaja bagi rakyat dan penduduk negara ini tetapi juga orang luar yang hanya pernah melihat Baginda di kaca televisyen.

Salah seorang warga asing yang ditemui pada hari terakhir Istana Nurul Iman dibuka kepada kunjungan orang ramai, hari ini, Michael dari Itali, menyatakan beliau berasa sangat berbangga kerana berpeluang berjabat tangan dan bersua muka dengan Baginda Sultan dan kerabat diraja lainnya, dan dapat merasakan Baginda Sultan seorang raja yang sangat kasih dan prihatin terhadap rakyat dan penduduknya.

Beliau yang baru tiga bulan berada di negara ini untuk bekerja dengan Syarikat Food Panda, memberitahu dia hanya pernah melihat wajah Baginda melalui kaca televisyen, tetapi hari ini, seperti bermimpi dia dapat menatap wajah raja yang sentiasa dikasihi oleh rakyat di negara ini, dan katanya wajah Baginda memang mencerminkan ketelusan sebagai seorang pemimpin yang adil.

Manakala Tomas, yang sudah berada di negara ini selama dua tahun untuk bekerja dengan Syarikat Azutech Sdn Bhd menyatakan, pengalaman berkunjung ke sebuah istana yang indah dan dapat bersua muka dengan raja, tidak pernah dirasakannya sepanjang hidupnya sebelum ini.

Michel dan Tomas tidak pernah melihat negara lain membukakan peluang kepada orang ramai berkun-jung ke Istana.
Michel dan Tomas tidak pernah melihat negara lain membukakan peluang kepada orang ramai berkun-jung ke Istana.
Tiga sahabat dari India tidak mahu melepaskan peluang berkunjung setiap tahun ke Istana Nurul Iman sejak mereka berada di negara ini.
Tiga sahabat dari India tidak mahu melepaskan peluang berkunjung setiap tahun ke Istana Nurul Iman sejak mereka berada di negara ini.
Keluarga Malik Mujahid tidak akan melepaskan peluang di tahun akan datang untuk berkunjung ke Istana Nurul Iman sempena Hari Raya Aidilfitri.
Keluarga Malik Mujahid tidak akan melepaskan peluang di tahun akan datang untuk berkunjung ke Istana Nurul Iman sempena Hari Raya Aidilfitri.
Heqal Vladimir (kanan) berkata rakyat di negara ini amat bertuah kerana mempunyai seorang raja yang sangat baik dan begitu prihatin kepada kesejahteraan rakyatnya.
Heqal Vladimir (kanan) berkata rakyat di negara ini amat bertuah kerana mempunyai seorang raja yang sangat baik dan begitu prihatin kepada kesejahteraan rakyatnya.

Katanya, beliau merasa sangat bertuah kerana berada di negara ini, yang menurutnya mempunyai tradisi membukakan peluang kepada seluruh rakyat dan penduduknya berkunjung ke istana sempena Hari Raya Aidilfitri setiap tahun.

Sementara itu, tiga sahabat dari India, Irfan Ahmad, Mohd Azeem dan Mohd Ibrahim pula berkata mereka menanti-nantikan ketibaan Hari Raya Adilfitri setiap tahun untuk merebut peluang berkunjung ke Istana Nurul Iman dan berjabat tangan dengan Baginda Sultan dan kerabat diraja lainnya.

Selain itu, menurut mereka, cenderamata berupa bekas berwarna kuning menjadi koleksi isteri dan ahli keluarga mereka di India, dan mereka merasakan ia adalah pengalaman yang sangat berharga kerana berpeluang masuk dan menikmati hidangan istimewa semasa Hari Raya di istana.

Bagi Malik Mujahid dari Pakistan yang telah bertugas di negara ini selama 25 tahun, tahun ini merupakan kali pertama beliau membawa ibunya, Masuda Malik, 90, ke Istana Nurul Iman, dan menyatakan perasaan sangat berbesar hati dan rasa bertuah kerana mendapat peluang seperti ini.

“Keselesaan, keharmonian serta disiplin pengendalian daripada awal mendaftarkan diri hingga ke pintu masuk ruang mengadap Baginda Sultan kami lihat sangat teratur, dan begitu baik sekali,” ujarnya yang bercadang untuk datang lagi.

Sementara itu, seorang warga emas dari Croatia, Heqal Vlodimir, yang datang bersama temannya, Dolores, memberitahu Media Permata, rakyat di negara ini amat bertuah kerana mempunyai seorang raja yang sangat baik dan begitu prihatin kepada kesejahteraan rakyatnya.

“Baginda Sultan adalah pemimpin yang terbaik di dunia, dan juga seorang raja yang berhati mulia dan sentiasa kasih dan sayang terhadap rakyatnya,” ujarnya.

Kehadiran ramai pengunjung setiap tahun ke Istana Nurul Iman, mencerminkan hakikat sebenar kemeriahannya, bukan hanya sebagai khabar angin atau yang direka-reka tetapi adalah realiti yang jarang berlaku di negara lain.

Selain kesediaan Baginda Sultan menerima junjung ziarah daripada pelbagai peringkat masyarakat juga mencerminkan sifat pemedulian Baginda yang tulus ikhlas, dan inginkan terus melihat kebahagiaan dalam kalangan rakyat dan penduduk di negara ini.