Bangkai pesawat EgyptAir ditemui

Bangkai pesawat EgyptAir ditemui

ATHENS, 20 Mei (AFP) – Tentera Mesir hari ini menemui bangkai dari pesawat EgyptAir yang terhempas di Mediterranean tatkala para penyiasat cuba membongkar misteri mengapa ia membelok secara tiba-tiba dan menjunam ke dalam laut.

Bahagian-bahagian badan pesawat, tempat duduk dan satu atau lebih barangan bagasi telah ditemui oleh krew-krew pencarian bagi bangkai pesawat EgyptAir yang terhempas di Mediterranean, kata menteri pertahanan Greece.

“Beberapa jam sebelumnya kami dimaklumkan (oleh pihak berkuasa Mesir) bahawa bahagian-bahagian badan pesawat, dua tempat duduk dan satu atau lebih banyak barangan bagasi telah dijumpai di kawasan pencarian” di utara pantai bandar Mesir, Alexandria, Panos Kammenos memberitahu pada satu sidang media.

Gambar video yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Mesir, sebuah pesawat Mesir dalam usaha mencari badan pesawat EgyptAir di laut Mediterranean. – AP
Gambar video yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Mesir, sebuah pesawat Mesir dalam usaha mencari badan pesawat EgyptAir di laut Mediterranean. – AP

Dia berkata pesawat lain yang turut serta dalam pencarian itu telah “mendakwa melaporkan lebih banyak dapatan di kawasan lain, namun setakat ini kami tiada pengesahan rasmi ia dimiliki oleh pesawat itu.”

Pesawat EgyptAir itu membawa 66 penumpang yang hilang dari skrin radar pada awal kelmarin, membuat dua lencongan kuat sebelum menjunam pada ketinggian 22,000 kaki ke dalam laut Mediterranean, menurut pegawai Greece.

Tentera Mesir awal hari ini berkata pasukan-pasukan pencari telah terlihat barangan peribadi penumpang dan bahagian badan pesawat Airbus A320 itu kira-kira 290 kilometer (180 batu) di utara Alexandria.