Bangkit dari kesilapan – Klopp

Bangkit dari kesilapan – Klopp

SWANSEA, United Kingdom, 2 Mei (AFP) – Jurgen Klopp mengakui pemain–pemain muda Liverpool perlu banyak belajar selepas pasukannya tewas 3-1 kepada Swansea.

Dua jaringan menerusi Andre Ayew dan satu dari Jack Cork di Stadium Liberty semalam sudah cukup membuktikan bagi pasukan Swansea menyelamatkan Liga Perdana mereka.

Christian Benteke menjaringkan satu gol bagi Liverpool, tetapi pasukan kendalian Klopp ditewaskan dalam perlawanan di antara urusan separuh akhir Liga Europa mereka menentang Villarreal.

Liverpool sekarang akan menukar tumpuan mereka bagi menterbalikkan desifist 1-0 dalam perlawanan kedua separuh akhir pada Khamis depan menentang pasukan dari Sepanyol itu di Anfield dan Klopp dengan segera menurunkan pemain muda yang dibawanya dalam pasukan tersebut dengan membuat lapan pertukaran yang masih lagi kekurangan bagi penyudah.

“Persembahan itu adalah berbeza berbanding Bournemouth. Kami tidak beraksi dengan sebaiknya dan persembahan kami tidak sebagus sepertinya,’ kata Klopp.

“Kami cuba membawa persaingan baru, seperti yang kami lakukan dalam masa beberapa minggu. Bagaimana pun, saya hanya kecewa kerana kami boleh beraksi lebih baik lagi.

“Jika kami beraksi sedikit lebih hampir kepada 100 peratus, ia mungkin berbeza.

“Dua jaringan pertama adalah terlalu mudah, mereka layak untuk menang dan kami layak kalah. Tetapi persembahan kami bertanggungjawab bagi kedudukan tersebut dan kami perlu pulih dan bersedia bagi perlawanan besar pada Khamis.

“Saya tidak dapat menukar keputusan ke atas pemain selepas setiap dua hari. Semua orang berkata bagaimana bagusnya mereka selepas perlawanan Bournemouth, tetapi ia tidak selalunya tempoh untuk leka dan anda perlu membuktikan diri anda dan melaksanakannya.

“Ia bukanlah masalah pada masa depan, hanya hari ini. Mereka perlu menggunakan maklumat itu pada masa depan dan kami perlu memperbaikinya.”

ARTIKEL YANG SAMA