Bangkit memperjuangkan hak penjagaan binatang

JACKSON – Curtis Bostic pernah memegang jawatan peguam dan ahli politik selama beberapa minggu pada tahun 2016 sebelum dituduh sebagai pencuri kuda.

Pada suatu hari yang dingin di bulan Disember di kawasan berbukit di Breathitt County, Bostic cuba untuk menyelamatkan beberapa ekor kuda yang diabaikan dan tampil dalam keadaan yang kurang dengan zat makanan.

Namun tindakan beliau itu telah membuatkan Bostic ditahan oleh timbalan sheriff yang menjelaskan bahawa kuda-kuda tersebut dimiliki oleh dua orang lelaki yang masih mengamalkan tradisi tempatan iaitu untuk melepaskan kuda pada musim sejuk agar bebas bergerak di habitat liarnya.

Tuduhan tersebut juga telah digugurkan selepas Jabatan Sheriff menjelaskan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang alasan kukuh untuk meneruskan penahanan tersebut.

Walaupun hanya semalam Bostic ditahan di penjara, namun dia berjaya untuk mendapat idea untuk mendapatkan hak milik tanah di mana beliau pernah ditahan.

Sebelum ini, Curtis Bostic pernah ditahan berikutan daripada memberikan perhatian kuda milik persendirian yang kelihatan terabai dan kini telah memiliki hak ke atas tanah sekali gus penjagaan terhadap kuda yang ditemui bebas berada di kawasannya. – AP
Sebelum ini, Curtis Bostic pernah ditahan berikutan daripada memberikan perhatian kuda milik persendirian yang kelihatan terabai dan kini telah memiliki hak ke atas tanah sekali gus penjagaan terhadap kuda yang ditemui bebas berada di kawasannya. – AP

Beliau juga telah menghantar surat kepada dua lelaki yang pernah menghadapkan tuduhan kepada dirinya sekaligus menjadikan mereka sebagai penceroboh dan Bostic telah mengarahkan mereka segera mendapatkan kuda-kuda mereka sebelum mengisytiharkannya sebagai kuda liar.

“Saya tidak boleh menukar tradisi namun membiarkan kuda milik seseorang individu bebas masuk ke kawasan saya masih boleh dianggap sebagai menceroboh terutama pada musim sejuk yang setentunya seolah-olah mengabaikan binatang tersebut,” jelas Bostic.

Bostic berhasrat untuk menukar tanah berkeluasan 4000 ekar yang merupakan bekas tapak lombong arang batu itu sebagai tempat perlindungan kepada kuda. Ia merupakan idea terbaru mengenai bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah kebanyakan kuda terbiar di kawasan pergunungan Kentucky, wilayah yang cukup dikenali sebagai ladang hijau yang terbentang indah berbanding kuda bebas merayau yang mungkin boleh mendatangkan risiko.

Penjelasan Bostic yang menjelaskan bahawa sifat kejam pemilik kuda yang hanya membiarkan kuda mereka bebas merayau di musim sejuk secara tidak langsung telah menyinggung perasaan masyarakat tempatan di mana mereka beranggapan bahawa pendapat beliau itu seolah-olah tidak mengormati budaya mereka.

Cliff Hudson, 30, memiliki lima ekor kuda yang hanya dibiarkan bebas merayau di kawasan berdekatan dengan rumahnya di sekitar Breathitt County. Beliau menjelaskan bahawa beliau harus menyediakan sebanyak 600 paun garam setiap bulan untuk kuda-kudanya.Beliau berhenti daripada memberikan gulungan rumput kering kerana kuda peliharaannya itu lebih suka untuk mencabut dan memakan rumput segar. Warga tempatan juga sering membawa anak-anak mereka ke kawasan pergunungan pada hujung minggu untuk memberi makan dan mendekati kuda-kuda tersebut.

“Ia merupakan satu tradisi yang telah lama di amalkan dan tiada sebarang individu yang menganggapnya sebagai satu isu melainkan Bostic,” jelas Hudson.

Kehadiran kuda liar di sekitar kawasan pergunungan di Kentucky memang merupakan menjadi satu perkara lumrah sejak beberapa dekad yang lalu. Namun berikutan daripada masalah kemelesetan ekonomi dan ribuan individu yang kehilangan pekerjaan telah membuatkan kuda peliharaan mereka dibiarkan lepas bebas.

Bilangan kuda yang terlepas bebas dan persoalan mengenai jumlah makanan mereka masih lagi menjadi isu yang didebatkan.

Dumas Rescue, sebuah organisasi penyelamat dan perlindungan haiwan tempatan menjelaskan kepada jawatankuasa perundangan bahawa pada musim luruh terdahulu lebih kurang 1,000 ekor kuda direkodkan dibiarkan bebas di sekitar Floyd County. Pemilik, Tonya Conn menjelaskan bahawa mereka telah berjaya menyelamatkan lebih 22 ekor kuda pada tahun lalu.

“Sesetengah daripada kuda tersebut langsung tidak pernah berinteraksi dengan manusia,” jelas Conn.

Debby Spencer, ahli lembaga Pusat Penjagaan Kuda Appalachian, menjelaskan Floyd County memiliki lebih kurang 44 ekor yang dibiarkan hidup bebas berdasarkan bancian yang dijalankan pada tahun 2014 di sekitar sembilan daerah di kawasan timur Kentucky.

“Dipercayai jumlah makanan yang terdapat di sekitar kawasan pergunungan adalah sangat mencukupi,” jelas Spencer.

Curtis Bostic menyimpan hasrat untuk terus menjaga binatang yang terabai seperti kuda di sekitar kawasan Breathitt County. – AP
Curtis Bostic menyimpan hasrat untuk terus menjaga binatang yang terabai seperti kuda di sekitar kawasan Breathitt County. – AP
Berikutan masalah kemelesetan ekonomi, penduduk di Kentucky lebih selesa untuk melepaskan kuda mereka secara bebas. – AP
Berikutan masalah kemelesetan ekonomi, penduduk di Kentucky lebih selesa untuk melepaskan kuda mereka secara bebas. – AP

Bostic menetap di South Carolina, di mana beliau adalah merupakan bekas ahli kepada Majlis Charleston County dan pernah sekali mengetuai kongres tersebut namun tewas di tangan bekas Gabenor Mark Stanford pada pilihanraya pada tahun 2013. Beliau juga merupakan kaunselor umum untuk Kinzer Drilling Co. yang merupakan pemilik tanah yang telah menjadi milik Bostic. Di samping itu, beliau dan isterinya juga menguruskan sebuah rumah anak yatim di Burma dan memiliki sebuah tempat percutuan yang dilengkapi dengan kuda di Charleston.

“Kami memang gemar terhadap aktiviti-aktiviti menyelamat dan melindungi,” jelas Bostic.

Namun hakikatnya tidak semua yang bersependapat dengan Bostic sebagaimana yang dijelaskan oleh Hudson di mana ramai pemilik yang lebih memilih untuk melepaskan kuda mereka agar lebih membiak bersama dengan kuda liar dan tindakan Bostic hanya seolah-olah mengancam tradisi tersebut.

Pembiakan kuda secara melepaskan binatang tersebut dalam keadaan bebas adalah sangat sukar. Terdahulu kuda jantan telah dilarang untuk dibiarkan bebas berikutan daripada aduan daripada pemilik yang menjelaskan bahawa ia lebih mudah membiak tanpa terkawal malah tanpa pengetahuan daripada para pemilik.

Pada September lalu, Timbalan Sherif, Johnson County telah menemui sekitar 20 ke 30 ekor kuda di bekas tapak lombong arang batu. Tiga daripada kuda tersebut yang merupakan kuda jantan telah ditemui mati setelah ditembak di bahagian kepala.

“Ia seolah cuba untuk mengurangkan pembiakan dengan mengorbankan spesies kuda jantan. Namun ia masih lagi pada fasa kes terbuka berikutan daripada tiada bukti kukuh yang ditemui,” jelas Timbalan Sherif, Terry Tussey.

Kumpulan bantuan haiwan pula telah menganjurkan klinik percuma di timur Kentucky yang membenarkan para pemilik untuk membawa kuda mereka untuk dirawat.

Ketua-ketua kerajaan tempatan berpendapat dengan menampilkan kuda liar yang bebas berlari di kawasan pergunungan setentunya akan dapat menarik lebih ramai pelancong untuk menyaksikannya. Usaha yang sama telah pernah dilaksanakan di Pulau Assateague di Virgina dan Pusat Perlindungan Kuda Liar Black Hills di South Dakota.

Namun di Kentucky, Pusat Penjagaan Kuda yang direncanakan di Breathitt County sering mengalami masalah berhubung mengenai sumber kewangan yang diperlukan.

Usaha tersebut telah direncanakan di kawasan tanah lapang berdekatan dengan kawasan penahanan Bostic. Projek yang telah direncanakan adalah termasuk pusat lawatan yang menawarkan sesi lawatan yang dibantu oleh jurupandu sambil menyediakan ketenangan kepada para pelawat. Ketua tempatan telah menaruh harapan agar kumpulan tersebut akan bergabung bersama dengan Bostic namun ternyata lelaki tersebut tidak berminat untuk menceburkan diri dalam industri pelancongan.

“Saya tidak mengetahui mengenai perkembangan projek tersebut namun perkara yang sememangnya menjadi hasrat utama yang harus dilaksanakan adalah untuk membantu binatang yang ada di sekitar kawasan ini,” jelas Bostic. –AP