Bangkitlah Blues

Bangkitlah Blues

LONDON, 15 Sept (AFP) – Branislav Ivanovic telah mengingatkan Chelsea supaya bangkit daripada permulaan lembap ketika juara Inggeris itu berusaha untuk pulih untuk menentang Maccabi Tel-Aviv esok.

Pasukan Jose Mourinho memulakan kempen Kumpulan G Liga Juara-Juara yang amat memerlukan satu kemenangan selepas tempoh traumatik yang telah meninggalkan pertahanan kejuaraan Liga Perdana mereka hancur musnah.

Satu kekalahan 3-1 di Everton Sabtu lalu memberikan kekalahan ketiga kepada pasukan Blues dalam empat perlawanan terakhir dan menyebabkan mereka ketinggalan 11 mata di belakang pemimpin Manchester City.

Mereka hanya tewas tiga perlawanan dalam liga sepanjang musim lalu dan musim teruk baru-baru ini memberikan permulaan paling teruk kepada kelab sejak 1986.

Di sebalik latar yang suram, pertahanan Chelsea Ivanovic cuba bersikap positif apabila mendakwa prestasi pasukan tidaklah seteruk seperti yang dicadangkan oleh keputusan.

Ivanovic (tengah) berlatih bersama rakan sepasukan di Padang Latihan Chelsea sebagai persediaan untuk aksi Liga Juara-Juara menentang Maccabi Tel-Aviv, esok. – Reuters
Ivanovic (tengah) berlatih bersama rakan sepasukan di Padang Latihan Chelsea sebagai persediaan untuk aksi Liga Juara-Juara menentang Maccabi Tel-Aviv, esok. – Reuters

Namun, walaupun pemain antarabangsa Serbia itu mengakui mereka telah membuat kesilapan merugikan yang mesti dihapus sekiranya ingin kembali dalam perlumbaan kejuaraan dan melancarkan cabaran yang kuat untuk Liga Juara-Juara.

“Kami memerlukan satu kemenangan besar untuk kembali seperti biasa,” kata Ivanovic. “Kami tidak bermain seteruk seperti yang ditunjukkan oleh keputusan tetapi kami perlu bangkit semula.

“Saya fikir buat masa sekarang kami sedang dihukum atas segala kesilapan kami. Satu-satunya cara kami boleh berubah adalah bekerja keras dan bersedia untuk menghadapi perlawanan seterusnya, maka ia seolah-olah seperti perlawanan final dan kami perlu bermain seperti dalam final.”

Lazimnya satu perlawanan di tempat sendiri menentang pasukan Maccabi yang dianggap sebagai pasukan paling lemah dalam satu kumpulan yang juga memaparkan Porto dan Dynamo Kiev akan dianggap sebagai satu peluang yang dialu-alukan untuk memperoleh satu kemenangan besar dan memulihkan semula keyakinan.

ARTIKEL YANG SAMA