Bangkok buka terminal baru

Bangkok buka terminal baru

BANGKOK, 24 Dis (dpa) – Salah sebuah daripada dua lapangan terbang antarabangsa Bangkok membuka terminal kedua untuk mengurangkan kesesakan hari ini.

Bangunan terminal baru itu akan memperluaskan Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang sebagai lapangan terbang pengangkutan tambang murah terbesar di dunia, menurut penganalisis Pusat Penerbangan.

Don Muang telah memberi kemudahan kepada 21.5 juta penumpang pada 2014, melebihi kapasiti yang dicadangkan 16.5 juta setahun. Terminal baru itu akan meningkatkan kapasitinya sekitar 11.5 juta penumpang setahun, menurut Lapangan Terbang Thailand (AOT).

Selepas penutupan sementara, Don Muang telah dibuka semula pada Mac 2007 untuk mengurangkan kesesakan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi yang terbaru dan terbesar di Bangkok.

Suvarnabhumi menerima 46.4 juta penumpang pada 2014, berbanding dengan kapasiti yang dicadangkan iaitu seramai 45 juta penumpang.

ARTIKEL YANG SAMA