Bangladesh berkabung selepas pembunuhan tebusan

Bangladesh berkabung selepas pembunuhan tebusan

DHAKA, 3 Julai – Bangladesh memulakan perkabungan kebangsaan selama dua hari pada hari ini selepas 20 orang tebusan dibunuh di sebuah restoran ketika kerajaan menegaskan bahawa penyerang adalah pejuang tempatan dan bukannya pengikut kumpulan Negara Islam (IS).

Perdana Menteri Sheikh Hasina mengumumkan tempoh berkabung itu selepas dia berikrar untuk mengembalikan kegemilangan Bangladesh, memberi amaran akan menggagalkan usaha memusnahkan sebuah daripada negara paling padat penduduk dunia

Di tengah-tengah pengecaman besar-besaran pembunuhan di Dhaka, mangsa-mangsa termasuklah 18 orang asing, kumpulan IS mengatakan ia sudha menyasarkan satu perhimpunan ‘warga negara-negara salibi’ pada malam Jumaat di sebuah kafe ala Barat.

Namun seorang menteri kerajaan menekankan bahawa pembunuh, enam daripadanya ditembak mati pada penghujung serbuan, merupakan ahli sebuah kumpulan militan dalam negara dan tiada kaitan dengan rangkaian jihad antarabangsa.

Mereka merupakan ahli Jamaeytul Mujahdeen Bangladesh,” Menteri Dalam Negeri Asaduzzaman Khan memberitahu AFP, merujuk kepada sebuah kumpulan yang sudah diharamkan di Bangladesh selama lebih daripada sedekad.

Polis Bangladesh meletakkan mayat dipercayai penyerang dalam beg mayat selepas serbuan di kafe me-wah Dhaka semalam. Bangladesh memulakan hari perkabungan dua hari hari selepas kejadian itu yang menyaksikan 20 orang dibunuh oleh penawan tebusan. - AFP
Polis Bangladesh meletakkan mayat dipercayai penyerang dalam beg mayat selepas serbuan di kafe me-wah Dhaka semalam. Bangladesh memulakan hari perkabungan dua hari hari selepas kejadian itu yang menyaksikan 20 orang dibunuh oleh penawan tebusan. – AFP

“Mereka tiada kaitan dengan IS.”

Selain 20 mayat tebusan yang ditemui dalam lopak darah selepas komando menyerbu kafe untuk menamatkan serbuan, dua orang anggota polis juga ditembak mati dalam pertempuran sengit di tempat kejadian.

Enam orang lelaki bersenjata ditembak mati oleh komando pada penghujung serbuan di kafe Holey Artisan Bakery namun seorang penawan tebusan ditangkap dan disiasat oleh pihak perisikan Bangladesh.

Pengawal keselamatan mengatakan kebanyakan mangsa dibunuh dengan senjata tajam ala parang.

Bendera dikibarkan separuh tiang di pejabat-pejabat kerajaan manakala mas diadakan di seluruh negara.

Itali berkabung ke atas kehilangan sembilan warganya dalam serangan itu manakala tujuh warga Jepun turut terbunuh.

Mangsa lain termasuklah warga Amerika dan seorang lelaki India yang belajar di California. – AFP