Bangladesh berkas lelaki bunuh isteri pegawai polis

Bangladesh berkas lelaki bunuh isteri pegawai polis

NEW DELHI, 27 Jun (AFP) – Polis Bangladesh semalam berkata mereka telah memberkas seorang lelaki yang disyaki membunuh isteri seorang pegawai polis antipengganasan, beberapa minggu selepas wanita itu ditikam dan ditembak di bandar tengara Chittagong.

Pembunuhan itu, pada awalnya disyaki dilakukan oleh pemberontak Islam, membangkitkan ketegangan di negara itu yang majoriti penduduknya beragama Islam, yang tidak lama sebelum ini berdepan siri pembunuhan aktivis sekular, minoriti agama dan warga asing beberapa bulan kebelakangan.

Ketua polis Chittagong Iqbal Bahar memberitahu para pemberita bahawa para pegawai telah menahan Wasim, di pinggir bandar itu Sabtu lalu dan dia telah mengaku berperanan dalam pembunuhan itu.

“Kami mengesyaki Wasim sebagai pembunuh utama yang menikam dan menembak mati Mahmuda (Begum), yang merujuk kepada isteri pegawai polis tertinggi antipengganasan Chittagong, Babul Akter.

“Wasim adalah pembunuh profesional. Ketika disoal siasat dia mengakui penglibatannya dalam pembunuhan itu, tetapi kami tidak tahu sama ada dia mempunyai kaitan dengan sebarang pasukan militan,” kata Bahar, menambah kata bahawa salah seorang sekutunya yang terlibat dalam pembunuhan itu juga telah diberkas.

ARTIKEL YANG SAMA