Bangladesh buru pelampau melarikan diri

Bangladesh buru pelampau melarikan diri

DHAKA, 27 Julai – Bangladesh hari ini melancarkan satu usaha memburu mangsa serbuan polis ke atas tempat persembunyian pelampau yang membunuh sembilan pelampau Islam yang mendakwa menjadi anggota kumpulan Islamic State (IS).

Penyiasat berharap pelampau yang melepaskan diri dan seorang lagi lelaki yang ditahan ketika pertempuran besar di Dhaka semalam akan memberikan keterangan mengenai hubungan kumpulan dengan IS.

“Kami telah menghubungi semua tempat pemeriksaan di ibu negara dalam usaha untuk menangkap lelaki yang melepaskan diri,” beritahu penolong pesuruhjaya Polis Metropolitan Dhaka, Masud Ahmed, kepada AFP.

Pegawai percaya sembilan pelampau yang terbunuh adalah daripada kumpulan yang sama yang membunuh 22 orang ketika satu serangan ke atas kafe Dhaka pada 1 Julai satu serangan yang didakwa dilakukan oleh IS.

Polis berkata mereka menemui bendera hitam dan jubah IS dari tempat persembunyian Dhaka, tetapi menegaskan pelampau sebenarnya adalah anggota kumpulan Islam tempatan Jayayetul Mujahideen Bangladesh (JMB).

Pihak polis mengawal di luar rumah mayat Hospital Dhaka ketika bedah siasat dijalankan pada mayat-mayat militan Islam yang dibunuh di Dhaka baru-baru ini. – AP
Pihak polis mengawal di luar rumah mayat Hospital Dhaka ketika bedah siasat dijalankan pada mayat-mayat militan Islam yang dibunuh di Dhaka baru-baru ini. – AP

“Kami sedang menjalankan satu siasatan. Hasan telah mendakwa mereka adalah anggota IS,” beritahu seorang pegawai kanan keselamatan kepada AFP, merujuk kepada seorang lelaki berusia 25 tahun yang ditahan dalam serbuan yang kini sedang dirawat di hospital.

“Kami mengesyaki dia adalah salah satu anggota utama kumpulan.”

Penyiasat juga berusaha mendapatkan maklumat daripada sebuah komputer riba dan beberapa telefon bimbit yang ditemui dalam serbuan.

IS mendakwa bertanggungjawab atas berpuluh pembunuhan anggota minoriti agama dan warga asing di Bangladesh dalam beberapa bulan ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA