Bangladesh dakwa pemilik Plaza Rana

Bangladesh dakwa pemilik Plaza Rana

DHAKA, 1 Jun (Reuters) – Polis Bangladesh hari ini memfailkan dakwaan bunuh rasmi pertama ke atas pemilik bangunan yang runtuh dalam 2013, membunuh lebih daripada 1,130 orang dalam bencana industri terburuk negara.

Keruntuhan Plaza Rana dibina di tanah berlumpur di luar ibu negara Dhaka, adalah antara kemalangan industri terburuk dunia dan mencetuskan desakan bagi keselamatan lebih tinggi di negara pengeksport kedua terbesar dunia pakaian sedia pakai itu.

Secara keseluruhan, 42 orang didakwa atas bencana itu, satu langkah luar biasa dalam sebuah negara di mana pengkritik mengadu bos-bos industri pakaian berkuasa sering kali tidak dihukum atas kemalangan kilang.

“Kami mendakwa 42 orang, termasuk pemilik Sohel Rana, dalam dua kes yang difailkan mengenai keruntuhan bangunan,” kata ketua penyiasat Bijoy Krishna Kar, menambah bahawa satu kes bagi pembunuhan dan satu lagi melanggar peraturan pembinaan.

Penyiasatan mendapati pekerja dipaksa memasuki bangunan untuk bekerja meskipun satu keretakan besar ditemui sehari sebelum ia runtuh, Kar, pegawai di Jabatan Siasatan Jenayah polis memberitahu Reuters.

Jika sabit kesalahan, Rana boleh dijatuhkan hukuman mati. Rana diberkas selepas empat hari pemburuan sejurus selepas bangunan runtuh pada April 2013, tampaknya cuba melarikan diri menyeberang sempadan ke India.

ARTIKEL YANG SAMA