Bangladesh, India cipta sejarah

Bangladesh, India cipta sejarah

DAHALA-KHAGRABARI, Bangladesh, 31 Julai (AFP) – Bangladesh dan India bersedia hari ini untuk menukar pulau kecil, sekali gus menamatkan salah satu perbalahan sempadan yang paling sukar diselesaikan di dunia yang telah menyebabkan beribu-ribu orang dalam keadaan tidak bernegara selama hampir 70 tahun.

Pegawai kedua-dua negara akan menaikkan bendera kebangsaan masing-masing di 162 enklaf, 111 di Bangladesh dan 51 di India, pada satu minit selepas tengah malam untuk menerima kedaulatan di wilayah berkenaan ekoran satu pakatan sempadan bersejarah pada Jun.

Selepas menaikkan bendera, enklaf kawasan di wilayah sebuah negara yang dikelilingi oleh kawasan lain akan berhenti wujud dan lebih daripada 50,000 orang yang telah tinggal di sana kini boleh menggunakan faedah kerakyatan seperti sekolah, tenaga dan penjagaan kesihatan yang tidak dinikmati oleh mereka sejak 1947.

Dalam saat-saat terakhir sebelum penyerahan, penduduk kampung telah mengadakan kenduri dan melatih lagu kebangsaan baru mereka. Rancangan untuk mengadakan lebih banyak pesta meriah telahpun dikurangkan tatkala India sedang berkabung sekarang untuk bekas presiden A.P.J. Kalam, yang meninggal dunia pada awal minggu ini.

India dan Bangladesh bersetuju menukar pulau kecil bagi memudahkan warga yang tinggal di kawasan tersebut. – AFP
India dan Bangladesh bersetuju menukar pulau kecil bagi memudahkan warga yang tinggal di kawasan tersebut. – AFP

Namun satu upacara akan diadakan pada tengah malam untuk menyalakan 68 lilin untuk menandakan keadaan terawang-awang selama beberapa tahun sejak berakhirnya pemerintahan jajahan Britain di seluruh benua kecil itu. “Ia adalah perayaan terbesar dalam hidup saya. Saya tidak dapat membayangkan perasaan saya hari ini,” kata Parul Khatun, 35, seorang penduduk enklaf Kot Bajni di India.

“Saya akan menjadi warga Bangladesh yang boleh menikmati kesemua faedah,” kata beliau, mengenang bagaimana beliau diusir daripada hospital Bangladesh apabila beliau bersalin kerana beliau tidak mempunyai kad pengenalan.

Enklaf itu wujud sejak pengaturan pemilikan yang dilakukan beberapa abad lalu di antara putera tempatan. Kawasan tanah tersebut bertahan daripada pemisahan benua kecil pada 1947 selepas pemerintahan Britain dan perang kemerdekaan Bangladesh dengan Pakistan pada 1971.

ARTIKEL YANG SAMA