Bangladesh jatuhi hukuman mati pemimpin parti

Bangladesh jatuhi hukuman mati pemimpin parti

DHAKA, 5 Mei (AFP) – Mahkamah Tinggi Bangladesh hari ini menyokong hukuman mati yang dijatuhi ke atas pemimpin parti Islam Motiur Rahman Nizami atas jenayah perang, sekaligus membuka laluan kepada pelaksanaan hukuman matinya dalam beberapa hari.

Nizami, ketua parti Islam terbesar Bangladesh Jamaat-e-Islami, disabit bersalah membunuh, merogol dan merancang pembunuhan intelektual ketika perjuangan kemerdekaan negara pada tahun 1971.

“Kami berasa puas hati. Sekarang tidak ada halangan untuk melaksana hukuman mati ke atas beliau melainkan beliau merayu mendapatkan belas kasihan daripada presiden dan presiden mengampunnya,” beritahu Peguam Negara Mahbubey Alam kepada AFP selepas Mahkamah Tinggi menolak rayuan terakhir Nizami. Pengampunan tidak pernah diberikan kepada penjenayah perang di Bangladesh dan pemimpin berusia 73 tahun itu mungkin digantung dalam masa beberapa hari.

Keselamatan telahpun dipertingkatkan di Dhaka, telahpun tegang selepas beberapa siri pembunuhan aktivis sekular dan liberal dan golongan minoriti agama oleh militan Islam. Pada 2013, sabitan bersalah ke atas pegawai Jamaat mencetuskan keganasan paling teruk di negara dalam beberapa dekad, dengan kira-kira 500 orang terbunuh, kebanyakannya dalam pertempuran di antara penyokong Islam dan polis.

Gambar fail bertarikh 29 Oktober 2014 menunjukkan Motiur Rahman Nizami semasa dia duduk di dalam sebuah van ketika dalam perjalanan ke penjara setelah dijatuhi hukuman di Mahkamah Jenayah Antarabangsa Tribunal di Dhaka. - AFP
Gambar fail bertarikh 29 Oktober 2014 menunjukkan Motiur Rahman Nizami semasa dia duduk di dalam sebuah van ketika dalam perjalanan ke penjara setelah dijatuhi hukuman di Mahkamah Jenayah Antarabangsa Tribunal di Dhaka. – AFP

Nizami mengambil alih sebagai pemimpin Jamaat pada 2000 dan menjadi menteri dalam kerajaan pada 2001-2006. Pendakwa berkata beliau bertanggungjawab atas penubuhan militia Al-Badr yang pro Pakistan, yang membunuh penulis terkenal, doktor dan wartawan dalam abad konflik paling mengerikan pada 1971.

Mayat mereka ditemui dengan mata ditutup dan tangan mereka diikat dan dibuang dalam paya di pinggir bandar ibu negara. Pendakwa berkata Nizami mengarah pembunuhan itu, bertujuan “melumpuhkan” negara.

Beliau disabit bersalah pada Oktober 2014 oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa, yang ditubuhkan pada 2010 oleh kerajaan Perdana Menteri Sheikh Hasina dan telah menjatuhi lebih daripada satu dozen pemimpin pembangkang atas tuduhan jenayah perang.

Kumpulan hak berkata perbicaraan kekurangan standard global dan kekurangan pengawasan antarabangsa.