Bangladesh, Myanmar berbalas tembakan

Bangladesh, Myanmar berbalas tembakan

DHAKA, 18 Jun (AFP) – Pengawal sempadan Bangladesh didapati cedera dan seorang ditahan oleh Myanmar selepas tentera kedua-dua negara berbalas tembakan kelmarin, pegawai tentera dan saksi berkata.

Pengarah operasi kawalan sempadan setempat Bangladesh, Ekram Khan, berkata kejadian tembakan itu “terjadi disebabkan salah faham” setelah penilaian daripada laporan saksi.

Nelayan tempatan mengatakan kapal peronda Bangladesh di sungai Naf yang memisahkan kedua-dua negara telah ditembak oleh pengawal sempadan Myanmar, disebabkan tersalah anggap mereka sebagai penyeludup.

Kawasan di tempat terjadinya kejadian berbalas tembakan itu merupakan kawasan lazim bagi aktiviti penyeludupan manusia di antara kedua-dua negara, yang telah menjadi perhatian krisis pendatang dalam minggu-minggu kebelakangan. Tetapi pertempuran di antara anggota kawalan sempadan sangatlah jarang.

Seorang mengalami beberapa luka tembakan ketika pertempuran di kawasan tenggara daerah Cox Bazar Bangladesh.

Pengawal sempadan Myanmar melepaskan tembakan kepada pengawal sempadan Bangladesh di sungai Naf. – AFP
Pengawal sempadan Myanmar melepaskan tembakan kepada pengawal sempadan Bangladesh di sungai Naf. – AFP

“Tentera kami mula membalas tembakan dan anggota kami Biblop Kumar mengalami kecederaan di kepala dan tangan kirinya,” kata Abu Russell Siddiki, jurucakap bagi pihak tentera Bangladesh.

Seorang lagi pengawal sempadan Bangladesh, Abdur Razar, ditahan oleh pengawal sempadan Myanmar ke kem sempadan.

Khan berkata isu berkenaan akan diselesaikan di mesyuarat kedua-dua negara yang masanya belum dapat dipastikan.