Bangladesh rampas Rolls Royce diplomat Korea U

DHAKA, 9 Jan – Pihak berkuasa Bangladesh telah merampas sebuah kereta mewah Rolls-Royce Ghost yang dibawa masuk secara haram ke negara ini bagi bekas seorang diplomat Korea Utara yang disingkirkan kerana menyeludup.

Ketua perisikan kastam, Moinul Khan berkata Han Son Ik berhasrat untuk membawa masuk kereta berkenaan tanpa membayar duti akibat status diplomatiknya dan menjualnya kepada pembeli tempatan.

Para pegawai berkata kereta mewah itu akan dikenakan duti import lebih 800 peratus jika ia dibawa masuk dari segi undang-undang.

Han merupakan setiausaha pertama kedutaan Korea Utara di Dhaka sehinggalah dia disingkirkan pada Ogos selepas dituduh menyeludup lebih satu juta rokok serta barangan elektronik bernilai setengah juta dolar.

“Kami mempunyai perisikan yang mendapati Han telah membuat perjanjian dengan pembeli tempatan untuk membawakannya Rolls-Royce dengan imuniti diplomatik Han, dengan itu dia cuba untuk mengelak cukai kastam,” kata Khan kepada AFP.

“Han telah ditandakan sebagai pesalah tetap.”

AFP tidak dapat menghubungi kedutaan Korea Utara bagi komen tersebut. – AFP