Bangladesh tahan 14 pekerjanya dari Singapura

Bangladesh tahan 14 pekerjanya dari Singapura

DHAKA, 21 Jan – Polis Bangladesh berkata hari ini mereka sedang menahan 14 daripada 26 pekerja pembinaan yang dihantar dari Singapura pada akhir tahun lalu disebabkan hubungan dengan kumpulan Islam yang dipersalahkan oleh kerajaan ke atas serangan terhadap penulis sekular.

Polis pada mulanya menahan kesemua 26 lelaki selepas Singapura menghantar pulang kumpulan itu kerana menyokong “ideologi jihad bersenjata”, tetapi membebaskan 12 orang setelah gagal mendapatkan bukti menentang mereka.

“Kami menemui hubungan mereka dengan ABT,” beritahu penolong pesuruhjaya polis Mashruqure Rahman kepada AFP, merujuk kepada kumpulan Islam yang diharamkan Kumpulan Ansarullah Bangla.

Beliau berkata lelaki yang ditahan adalah pengikut Jashim Uddin Rahmani, ulama dan pemimpin ABT yang dipenjarakan pada bulan lalu kerana bersubahat dalam pembunuhan blogger sekular Ahmed Rajib Haider pada 2013.

Kerajaan setakat ini belum membuat komen mengenai pengumuman Singapura semalam bahawa ia telah menahan 27 pekerja pembinaan Bangladesh yang dipersiapkan untuk pulang ke negara asal mereka untuk melancarkan perang suci.

Kerajaan Singapura berkata lelaki berkenan mempunyai “bahan berkaitan jihad yang disimpan di kalangan mereka, dan mengadakan mesyuarat dan perhimpunan setiap minggu di mana mereka membincang jihad bersenjata,” walaupun mereka tidak merancang serangan di negara kota itu.

Warga Bangladesh ke-27 sedang menjalani hukuman penjara kerana cuba melarikan diri dari Singapura setelah mendapat tahu mengenai penangkapan anggota kumpulan lain. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA