Bangladesh tangkap ‘ketua militan Qaeda’

Bangladesh tangkap ‘ketua militan Qaeda’

DHAKA, 2 Julai (AFP) – Polis Bangladesh mengatakan hari ini mereka telah menangkap 12 suspek militan termasuk ketua cawangan Al-Qaeda tempatan di rantau itu, selain turut menggagalkan rancangan serangan bagi penghujung bulan suci Islam, Ramadan.

Batalion Gerak Cepat (RAB) juga merampas bahan letupan dan material membuat bom semasa serbuan kelmarin ke atas sarang persembunyian militan di bandar Dhaka, menurut jurucakap Mejar Maksudul Alam.

“Semasa serbuan itu, kami telah menangkap 12 militan termasuk Maolana Mainul Islam iaitu ketua penyelaras AQIS di Bangladesh,” ujar Alam RAB kepada AFP.

Al-Qaeda di benua kecil India (AQIS) telah merancang serangan tidak pasti di negara yang majoritinya orang Islam selepas Hari Raya Aidilfitri, yang diraikan selepas berakhirnya bulan Ramadan, kata jurucakap kanan RAB, Komander Mufti Mahmud Khan, memberitahu Reuters.

“Mereka telah memilih madrasah (sekolah) di daerah utara Bogra bagi latihan itu,” katanya, sambil menambah bahawa kumpulan tersebut telah dibiayai oleh individu dari Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu.

ARTIKEL YANG SAMA