Bangladesh tangkap lebih 2,000 orang

Bangladesh tangkap lebih 2,000 orang

DHAKA, 12 Jun (AFP) – Polis Bangladesh telah menangkap 2,000 lagi penjenayah yang disyaki termasuk militan Islamis dalam tindakan keras berterusan ke atas pelampau berikutan siri pembunuhan kejam, menurut pegawai hari ini.

Lebih 3,000 orang termasuk penjenayah biasa yang disyaki dengan waran tangkap ke atas mereka, telah ditangkap kelmarin selepas polis melancarkan kempen anti-militan yang berkontroversi di negara itu.

Perdana Menteri Sheikh Hasina berikrar kelmarin untuk menangkap ‘setiap pembunuh’ ketika Bangladesh terkejut daripada gelombang pembunuhan minoriti beragama dan aktivis sekular dan liberal yang memuncak beberapa minggu baru-baru ini.

Kalangan mereka yang ditangkap dalam siri terbaru itu adalah 48 suspek militan, kebanyakan mereka anggota kumpulan Jamayetul Mujahideen Bangladesh (JMB), kata polis.

“Kami telah menangkap 2,132 orang termasuk 48 militan Islam pada hari kedua kempen khas itu,” Timbalan Inspektor Jeneral Polis A.K.M Shahidur Rahman memberitahu AFP.

Penangkapan itu muncul ketika imam sambilan telah ditahan di barat laut daerah Pabna berhubung pembunuhan terbaru, bahawa seorang pekerja di sebuah ashram Hindu atau biara, telah dibunuh pada Jumaat.

“Dia adalah suspek dan telah disoal siasat berhubung pembunuhan itu,” kata ketua polis tempatan Abu Quddus memberitahu AFP.

Pihak berkuasa Bangladesh mendapat tekanan antarabangsa untuk menamatkan siri serangan yang telah mengorbankan hampir 50 orang tiga tahun lalu.

ARTIKEL YANG SAMA