Bangladesh tawarkan tanah baru buat etnik Rohingya

COX’S BAZAR, Bangladesh, 11 Sept – Bangladesh bersetuju untuk menyediakan tanah percuma bagi menempatkan kem baru untuk dijadikan tempat perlindungan sekitar beratus ribu Rohingya Islam yang baru-baru ini melarikan diri dari keganasan di Myanmar, kata seorang pegawai hari ini.

Kem baru itu akan membantu mengurangkan tekanan ke atas penduduk yang sedia ada di daerah Cox’s Bazar sempadan Bangladesh, di mana hampir 300,000 penduduk Rohingya tiba sejak 25 Ogos lalu.

“Dua kem pelarian berada di sekitar tersebut telah padat,” kata jurucakap agensi pelarian PBB, Vivian Tan.

Ketibaan baru yang lain ditempatkan di beberapa buah sekolah, atau bersesak di penempatan sementara tanpa terdapat tandas di sepanjang tepi jalan dan di padang-padang terbuka. Sumber asas adalah sukar, termasuk makanan, air bersih dan bantuan perubatan.

Namun, masih ramai pelarian yang tiba. Seorang wartawan Associated Press menyaksikan beratus menuju sempadan di Shah Puri Dwip hari ini.

“Esok kami menjangkakan bantuan menggunakan menerusi udara bagi 20,000 orang,” kata Tan.

Perdana Menteri, Sheikh Hasin menawarkan dua ekar (.8 hektar) berhampiran kem yang sedia ada, Kutupalong “untuk membangunkan tempat perlindungan sementara bagi pendatang baru Rohingya,” menurut pos menerusi Facebook hari ini oleh Mohammed Shahriar Alam, menteri junior bagi hal ehwal luar.

Dia juga berkata kerajaan memulakan pengambilan cap jari dan pendaftaran ketibaan baru hari ini. Hasina dijadualkan mengunjungi pelarian Rohingya esok.

Agensi-agensi bantuan dipenuhi dengan kemasukan Rohingya, kebanyakan yang tiba dalam keadaan lapar dan mengalami trauma selepas berjalan beberapa hari menerusi hutan atau melalui bot-bot kayu dalam mencari keselamatan di Bangladesh.

Kebanyakannya menceritakan cerita yang sama, di mana tentera Myanmar melepaskan tembakan ke atas kampung-kampung mereka, membakar kediaman mereka dan memberi amaran kepada mereka untuk keluar atau mati. Sebahagian berkata mereka diserang oleh perusuh Buddha.

Hospital-hospital kerajaan di Cox’s Bazar dipenuhi oleh pesakit Rohingya, dengan 80 ketibaan dalam tempoh dua minggu akibat mengalami kecederaan tembakan begitu juga dengan jangkitan teruk. Sekurang-kurangnya tiga mengalami kecederaan dalam letupan periuk api, dan berdozen lagi lemas apabila bot-bot yang dinaiki karam ketika menyeberangi laut. – AP