Bangunan baru mula beroperasi

Bangunan baru mula beroperasi

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Pasukan Polis Diraja Brunei telah memaklumkan kepada orang ramai bahawa Bangunan Baru Ibu Pejabat Polis Gadong kini mula beroperasi.

Sehubungan itu, orang ramai bolehlah membuat sebarang urusan seperti lazimnya dibuat di bangunan lama Ibu Pejabat Polis Gadong dan terlebih dahulu mendaftar di Kaunter Pertanyaan yang disediakan di tingkat bawah bangunan itu, menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei.

Bangunan baru ini menempatkan Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan di mana terletaknya Unit Latihan, untuk mendapatkan borang permohonan pengambilan kadet ASP dan Inspektor; perkhidmatan kaunter Bahagian Kewangan untuk menerima bayaran-bayaran seperti ‘Certificate of Good Conduct’, pas / eskot polis, pendaftaran persatuan, tender / lelong, permit kebenaran mendatangkan / menyimpan senjata dan bahan letupan dan lesen. (Sebarang pertanyaan mengenai kutipan hasil bolehlah menghubungi talian 2459500 / 2423901 sambungan 742 / 745).

Bangunan Baru Ibu Pejabat Polis Gadong yang kini mula beroperasi untuk kemudahan orang ramai dengan membuat pendaftaran terlebih dahulu di Kaunter Pertanyaan tingkat bawah bangunan tersebut.
Bangunan Baru Ibu Pejabat Polis Gadong yang kini mula beroperasi untuk kemudahan orang ramai dengan membuat pendaftaran terlebih dahulu di Kaunter Pertanyaan tingkat bawah bangunan tersebut.

Di jabatan itu juga terletak Bahagian Pembelian dan Perbekalan yang menyediakan perkhidmatan / pengurusan bagi tawaran (tender), sebut harga, jualan lelong dan pendaftaran pembekal, yang dibuka setiap hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 11:30 pagi dan 2 petang hingga 4 petang.

Sebarang pertanyaan mengenai bahagian ini, orang ramai bolehlah menghubungi talian 2459500/2423901 sambungan 716 (kaunter pertanyaan), 714 (tender / jualan lelong), 712 (sebut harga) dan 715 (pendaftaran pembekal).

Selain daripada itu, bangunan ini juga menempatkan Bahagian Perlesenan Agensi Pengawal Keselamatan yang boleh dihubungi menerusi talian 2459500/2423901 sambungan 752 / 753 / 757, serta tempat Pendaftaran Pertubuhan.

ARTIKEL YANG SAMA