Bangunan PKBN Temburong boleh digunakan tahun ini

Bangunan PKBN Temburong boleh digunakan tahun ini

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mac – Bangunan baru Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) di Daerah Temburong dijangka mula digunakan penghujung tahun ini untuk pelatih pengambilan ke-6 program berkenaan.

Semasa persidangan Majlis Mesyuarat Negara pada hari kesembilan, hari ini, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof menjelaskan, projek pembinaan Bangunan PKBN di Batu Apoi, Temburong itu dibahagikan kepada beberapa fasa di mana fasa pertama mengandungi lima blok utama iaitu blok pentadbiran, tempat tinggal pelatih dan jurulatih, dewan makan, surau dan bilik darjah dan dewan serbaguna.

Di samping itu, bangunan tersebut juga dilengkapi dengan klinik dan bilik gerakan manakala fasa kedua mengandungi padang kawad dan Multi Training Structure.

Bangunan baru itu nanti juga akan dilengkapi dengan kemudahan serta kegunaan latihan pelatih PKBN.
Bangunan baru itu nanti juga akan dilengkapi dengan kemudahan serta kegunaan latihan pelatih PKBN.

pg01_160317_MMN_Logo

Menurut Yang Berhormat Pehin, bagi fasa pertama, tempat tinggal dan kemudahan bagi para pelatih mula dilaksanakan pada 21 Jun 2014 dan siap pada 20 Jun 2015 mengikut sasaran penyiapan.

“Manakala projek fasa kedua dikaji semula yang mengambil kira keupayaan sumber, kesesuaian dan keutamaan kemudahan yang akan dibina,” jelasnya lagi.

Langkah ke hadapan tawaran bagi projek ini akan dibukakan pada April ini dan projek ini dijangka siap pada November 2016 dan jika semua kemudahan seperti padang kawad dan Multi Training Structure siap dibina nanti, Pengambilan ke-6 PKBN akan memulakan latihan mereka di bangunan baru ini.

ARTIKEL YANG SAMA