Bangunan runtuh di India

Bangunan runtuh di India

NEW DELHI, 6 Okt – Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera semalam selepas sebuah bangunan dalam pembinaan runtuh di bandar selatan India Bengaluru, kata pegawai.

Sekurang-kurangnya empat orang dilaporkan terperangkap di dalam bangunan tersebut.

Bangunan tujuh tingkat itu runtuh di kawasan Bellandur, Bengaluru, ibu negeri wilayah Karnataka.

“Dua mayat telah berjaya dikeluarkan dari runtuhan dan usaha sedang dijalankan untuk menyelamatkan empat lagi yang masih terperangkap,” P Harikrishnan, Pesuruhjaya Polis Tambahan Bengaluru memberitahu pemberita.

Sebuah bangunan runtuh di Bengaluru, ibu negeri selatan India, Karnataka, kelmarin. – Xinhua
Sebuah bangunan runtuh di Bengaluru, ibu negeri selatan India, Karnataka, kelmarin. – Xinhua

Penduduk tempatan berkata, beberapa orang telah diselamatkan dari bangunan tersebut, mereka yang cedera telah dikejarkan ke hospital. Pegawai berkata bahawa kedua-dua yang terbunuh itu, dikenal pasti sebagai pengawal keselamatan bangunan.

Datuk Bandar G Padmavathi mengaitkan runtuhan bangunan itu diakibatkan oleh penggunaan bahan-bahan yang berkualiti rendah dalam pembinaannya.

“Bangunan itu runtuh akibat bahan-bahan yang kurang bermutu yang telah digunakan dalam pembinaannya,” kata Padmavathi.  Pegawai polis telah mendaftarkan aduan kecuaian terhadap pemilik bangunan tersebut. – Xinhua